Rezeki hanya dari Allah SWT ~ #JMBELOG Rezeki hanya dari Allah SWT - #JMBELOG

Rezeki hanya dari Allah SWT

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.

Beliau tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Kemudian beliau menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lgi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dlm koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lg duit syiling berdekatan dengannya. Kali ini
pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki Aku !" Kata lelaki itu di dlm Hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari tingkat lapan bangunan separuh siap yg sedang mereka bina itu.

Sebenarnya, tujuan ketuanya adalah mahu memanggilnya. Sudah puas ketuanya menjerit drp Tingkat 8, cuba memanggil lelaki itu yg berada di tingkat paling bawah. Namun, jeritan bos beliau tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyi bising mesin pembinaan di kawasan tersebut. Oleh sbb itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dgn harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya yg berada di atas. Mudah-mudahan dapatlah ketuanya menyampaikan pesanan kpd pekerja lelaki itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah berasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas untuk melihat dari mana dtgnya batu-batu kecil yg menyerang td. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat Sekalian;

Allah sering menjatuhkan rezeki (ibarat syiling), rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyaknya kpd kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingat dan bersyukur dengan kurnianNya.

Tetapi, seringkali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa sedikit pun ucapan syukur!

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dijatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan juga pengalaman
yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasai kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Maha Pencipta Kita.

Wallahualam.

No comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Labels

Total Pageviews

Powered by Blogger.