Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini ~ #JMBELOG Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini - #JMBELOG

Sunday, 27 November 2016

Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini

JM terpanggil dari hati untuk kongsikan kepada sahabat semua apa yang dihadapi oleh sahabat kita Liyliz Yusof . Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Ikuti kisahnya...
Assalamualaikum semua yang mengenali saya liz dari Tg Jati Kuala Lipis, kejadian ni terjadi pukul 12.30 pagi tadi (27 November 2016). Liz baru siap isi kad kahwin liz kepada semua pada pukul 12 pagi tadi. Liz ingat masa tu sebab sebelum terlelap liz tengok phone. Semua da tidur, liz pun dah terlelap lepas habis isi semua kad dalam sampul. Liz tersedar bila dengar bunyi percikan, bunyi macam angin, bunyi macam orang pijak ranting2 kayu kuat sangat. Liz minta maaf, tiada kad untuk anda semua. Segala barang persiapan kahwin habis terbakar.
Liz terus jerit mak abah, wan paklong api semua keluar lari. Kami sehelai sepinggang keluar lari, liz sempat capai telifon je yang lain semua dah tak dapat di selamatkan. Liz tak tahu apa punca nya, mak abah tokwan semua alhamdullilah tak da pape. Liz dengan paklong je melecur sebab kami last keluar.
Sekarang Liz dah takda rumah. Api laju merebak sehingga merebak ke rumah sebelah. Liz minta jasa baik anda semua sekiranya tahu apa-apa agensi atau tempat untuk liz memohon bantuan. Liz harap liz dapat rumah bantuan untuk mak abah liz di Kuala Lipis untuk sementara. Liz harap sangat itu je untuk mulakan kehidupan baru.
Buat sementara waktu kami menumpang di rumah saudara di Tg Lipis. Terima kasih kepada semua yang datang bagi semangat, bagi nasihat InsyAllah liz kuat dan kuat untuk hadapi dugaan ni. Tapi harapan liz paling besar yang tak mungkin tercapai ialah liz nak akad nikah di rumah tu, rumah yang banyak kenangan untuk liz lalui dari kecil sehingga besar. Rumah yang liz usahakan untuk kelihatan cantik pada hari bahagia liz. Rumah yang liz pertahankan untuk adakan majlis liz. Walapun dinasihatkan oleh saudara mara untuk buat ditempat yang lebih cantik. Tapi liz tetap bertegas macam mana keadaan sekali pun rumah tu liz tetap nak nikah di situ.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk liz. Liz hanya mampu merancang tapi Allah menentukannya. Liz redhakan semua barang barang liz yang tidak dapat diselamatkan lagi. Liz tak dapat nafikan liz kecewa, liz ralat, liz sedih sebab liz terlalu-terlalu sayangkan rumah tu. Liz minta maaf kepada semua sekiranya ada salah silap liz tersalah kata, halal kan apa-apa barang liz terambil terguna atau apa sahaja salah silap liz. Seandainya liz tak sedar semalam, kami mungkin dah tak da hari ni.
Liz minta maaf, ini ialah pos yang pertama liz tulis panjang hari ni di FB, liz dah janji dengan diri liz yang liz tak kan kongsi apa sahaja kisah sedih liz selama liz lalui hingga ke hari ni. I just want to show you guys my happiness. Full of sweet memories and smile every day through out my post. Tapi kejadian ni liz tak dapat nafikan kesedihan yang paling besar untuk liz hadapi sekarang ni. Liz tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata macam mana sayangnya liz pada rumah tu. Walaupun ianya rumah kayu, berbumbungkan zin, bertampal sana sini, lantai senget, atap bocor. Segala-galanya liz usahakan baiki, dari sekolah impian liz belajar, kerja cari duit hanya untuk berikan mak dan abah liz kehidupan yang selesa. Sehingga kan rumah tu pulih perlahan-lahan menanti tetamu pada 24 hb Dec ni. Tapi sekarang semua dah takda.. takda korang.. sedih sangat dalam hati ni liz rasa. Persiapan yang liz bangga-banggakan bila kawan-kawan di KL nak rasa suasana kampung. Tapi semua dah tak dah, takda korang.
Wasalam.

2 comments:

  1. Semoga Liz tabah menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  2. Allhauakahbar... semoga Liz dan keluarga tabah dan banyak bersabar... setiap ujian ada hikmatNya...

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Trending