Tajul Arif Noor Md Shari ~ #JMBELOG Tajul Arif Noor Md Shari - #JMBELOG

Tajul Arif Noor Md Shari


Nama Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin tentunya sentiasa menjadi kenangan dalam hati peminat muzik tanah air.
Lagu popular seperti Janji Kita dan Hadirlah Mustika menjadi memori bersama kumpulan Spin yang dianggotainya.
Terbaru, muncul legasi daripada darah daging penyanyi ini iaitu adiknya dikenali sebagai Tajul yang tampil dengan single pertama, Sedalam Dalam Rindu.

Tajul - Sedalam Dalam Rindu

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari, 18, anak bongsu daripada 10 beradik sebelum ini pernah muncul dalam kumpulan nasyid dikenali sebagai Akhdan, namun kini memilih untuk bergerak secara solo.
“Bersama Akhdan, kami pernah menghasilkan album pada 2010. Pada waktu itu, saya baru berusia 12 tahun. Kini, saya ingin mencuba nasib untuk bergerak secara solo,” katanya.
AKHDAN - KERNA CINTA

Bercerita mengenai permulaannya sebagai penyanyi solo, Tajul berkata pada awalnya, dia memuat naik video nyanyian lagu ‘cover’ berjudul Tak Ada Cinta Sepertinya, nyanyian asal Siti Nordiana.
“Tak sangka pula FMC Music nampak video dan bakat saya dalam nyanyian, seterusnya mempelawa untuk mengikat kontrak bersama mereka selama lima tahun,” katanya.
Bercerita mengenai hubungan dengan Allahyarham abangnya, Tajul mengakui rapat dan kerap mendapat sokongan kerana kedua-dua mereka berkongsi minat dalam muzik.
“Abang banyak menyokong saya untuk menceburkan diri dalam bidang muzik. Ketika dia meninggal, saya masih belajar di tahun enam,” katanya.
Ditanya sama ada dia selesa sekiranya dikatakan meminjam populariti Achik, Tajul tidak menafikannya, namun yakin ada identiti sendiri.
“Ke mana saja saya pergi, orang akan bertanya mengenai abang. Ada juga komen yang mengatakan suara saya mirip suara abang. Itu tidak dapat dinafikan dan saya akuinya. Saya ingin meneruskan perjuangan abang saya dalam industri. Pada masa sama, saya juga membawa identiti sendiri,” katanya.
Bercerita serba sedikit mengenai single sulungnya, Sedalam Dalam Rindu adalah hasil ciptaan komposer, Alam manakala lirik pula adalah hasil karya Bazil dan Iwan.
“Apa yang saya boleh katakan, Sedalam Dalam Rindu tidak hanya bercerita mengenai cinta antara pasangan kekasih, tetapi dua dalam satu. Untuk saya, ia lebih kepada luahan kasih saya kepada mereka yang sudah tiada,” katanya.
Tajul juga bersyukur kerana selepas seminggu video lirik Sedalam Dalam Rindu dimuat naik ke YouTube, ia mendapat lebih 800,000 tontonan.
Tajul juga berkata, sekiranya ada peluang, dia ingin belajar lebih mendalam mengenai muzik dan vokal bagi memantapkan skil nyanyiannya.
“Sebelum ini, saya pernah belajar vokal, namun terhenti kerana fokus kepada pelajaran. Kini, insya-Allah, kalau ada peluang dan kesempatan, saya akan teruskan belajar selok-belok dalam muzik,” katanya.
Bagaimanapun, Tajul sentiasa mengharapkan kehadirannya dapat memeriahkan industri seni suara tanah air.

kredit : MyMetro

3 comments:

  1. Semoga terus berjaya. suara pun dah seakan dgn arwah

    ps : jm tukar blog baru lagi ke?
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belog lama ada masalh sikit.
      Belog ini kekal

      Delete
  2. wahh adik achik.. Unni minat achik dlu2 lagi2 duet ngn nana

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Live Readers

SEO Reports for belogsjm.blogspot.my

History

Labels

Trending

#JMBELOG|Created BySoraTemplates| Distributed ByGooyaabi Templates