Baru JM tahu !

Baru JM tahu !
Buang W, kereta KL dapat nombor plat baru V, Putrajaya dapat F
Published: May 19, 2016 02:51 PM GMT+8
KUALA LUMPUR, 19 Mei ― Nombor pendaftaran kenderaan di Kuala Lumpur akan bertukar V, selama ini W digunakan, bermula Julai ini, kata timbalan menteri pengangkutan.
Datuk Aziz Kaprawi juga berkata nombor plat F akan diperkenalkan untuk pendaftaran kenderaan di Putrajaya selepas mendapat permohonan pentadbir kawasan itu, lapor The Sun.
“'F' bermaksud federal (persekutuan). Bermula 1 Jun nanti 'F' akan menjadi nombor plat Putrajaya,” katanya kepada akhbar itu.
Notis tender untuk pembidaan bagi nombor emas, atau satu digit, akan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hujung bulan ini, tambahnya.
“Bagi Kuala Lumpur, JPJ akan memperkenalkan nombor plat bersiri 'V' kemungkinan selepas Hari Raya, untuk memudahkan orang awam dan juga menggalakkan pemilik kereta membida nombor emas, nombor dua digit, dan nombor biasa (empat digit),” kata Aziz.
Nombor pendaftaran di Kuala Lumpur sekarang bermula dengan W diikuti nombor dan huruf tetapi, tambahnya, orang ramai lebih selesa dengan cara lama pendaftaran nombor plat.
“Ia berdasarkan kemerosotan pembidaan nombor plat KL sekarang. Jadi saya berharap dengan plat V, ia akan membuatkan orang teruja,” Aziz dipetik berkata.
Sehingga semalam, pendaftaran terkini nombor plat untuk Kuala Lumpur adalah WC 3974 V.
Ketua pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata plat V akan menggantikan sistem nombor sekarang yang akan habis digunakan bermula pertengahan Julai.
Aziz berkata nombor plat F dipilih, bukannya PPj seperti disarankan, untuk Putrajaya kerana cadangan itu panjang dan rumit.
Beliau menjangkakan permintaan yang tinggi untuk nombor pendaftaran “F 1”.
JPJ akan mengumumkan pembidaan untuk “F 1” bermula minggu depan.
“Kita akan membuka tender pembidaan kemungkinan selama dua minggu, tambahan dua minggu lagi proses untuk jawatankuasa khas menilai bidaan itu,” kata Ismail pula.
Nilai tertinggi bidaan yang pernah direkodkan JPJ berharga RM520,000 untuk nombor WWW 1  oleh Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Mei 2012.
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
2 Comments
avatar

Buat duit.... Bila orang tak bida tak de duit... :-)

Reply
avatar

Plat kereta V dan F lawa. Lain daripada lain. Boring dgn W je memanjang.

Reply

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers