SUMBER

Cepat tidur lelapkan mata kurang dari satu minit !?

January 31, 2017 JAMIL HASHIM 0 Comments

Cepat tidur lelapkan mata kurang dari satu minit !?



tidur
sukar untuk melelapkan mata?

Anda menghadapi masalah untuk tidur?
Tahukah anda, kurang tidur boleh membuatkan anda tidak bahagia dan menjadi gila?
Namun ada pelbagai kaedah untuk membantu kita tidur, antaranya dengan teknik pernafasan.
Teknik pernafasan ini boleh membantu anda untuk tidur dan melelapkan mata dalam masa kurang dari satu minit.
Kaedah ini diperkenalkan oleh pengamal kesihatan, Dr. Andrew Weil, pakar dalam bidang pernafasan, meditasi, dan bagaimana ia boleh digunakan untuk melawan rasa stress.

Bagaimana Kaedah Ini Dilakukan?

Ianya sangat senang.

Hanya bernafas melalui hidung selama 4 saat, tahan nafas selama 7 saat, dan hembus keluar melalui mulut selama 8 saat.
Cara ini akan memperlahankan kadar denyutan jantung dan juga akan merangsang otak kita melepaskan hormon yang akan membuatkan kita berasa tenang.
Dengan menggunakan kaedah pernafasan ini, ia membantu anda melawan kesan semulajadi adrenalin (hormon yang membuatkan tubuh kita sentiasa berjaga terutamanya dalam situasi bahaya).
Mungkin pada permulaan anda mengamalkan kaedah ini, anda akan berasa pelik dan sedikit tidak selesa. Namun jika anda teruskan, anda akan merasa sangat rileks, kadar denyutan jantung yang perlahan dan fikiran yang aman.
Kredit : aku islam

0 comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"