Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, SURAH AL-HUJURAAT AYAT 12

"Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, SURAH AL-HUJURAAT AYAT 12"

Memang seronok kalau kita tahu sesuatu yang memalukan orang lain, kan? Boleh jadi bahan cerita panas dengan kawan-kawan.
Dan kalau-kalau terdesak, boleh dibuat bahan nak melawan semula orang tu bila bertengkar atau tak sefahaman di kemudian hari.
Jika dilihat budaya di Malaysia, orang ramai mungkin lebih kenal perkataan gossip daripada aib. Sebabnya gossip sudah ada tempat tersendiri dalam dunia media. Sudah diangkat jadi rancangan TV, ada blog tersendiri, disediakan kolum khas di surat khabar dan majalah.
Sedangkan aib, jarang-jarang telinga kita boleh dengar. Jangan kata budak-budak, orang dewasa pun tak mustahil ada yang tak tahu maksudnya. Melainkan kalau perkataan ni diguna pakai oleh cikgu-cikgu dekat sekolah.
Apa maksud aib ini sebenarnya?
Aib secara umumnya bolehlah diertikan sebagai malu, atau untuk lebih mudah difahami, aib itu sesuatu yang kita ceritakan kemudian jika didengar atau diketahui oleh si pelaku, menjadikan si pelaku berasa malu atau tak selesa.
Seperti A menceritakan tentang aib B kepada C. Jika B mendengarnya, akan menyebabkan jatuh rasa malu dalam diri B. Begitulah secara ringkasnya.
Dalam islam, kita dilarang membuka keaiban orang.
…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang… (Al-Hujuraat 49:12)
Ayat ini berisi larangan umum untuk mencari-cari keburukan orang lain, mencakupi berbagai macam jenis tajassus (mencari-cari kesalahan, mengintai, mencuri dengar, mencuri pandang dan yang seumpamanya).
Menurut ulama tafsir, tajassus adalah mencari-cari aib dan aurah kaum muslimin. Bererti kita dilarang mencari-cari aib saudara sesama muslim, malah diperintah menutupinya.
Sabda Rasulullah, “Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (HR. Bukhari & Muslim)
Boleh amalkan doa ini supaya kita takut untuk membuka aib orang lain dan moga Allah menutup aib kita bukan sahaja ketika di dunia malah ketika di akhirat. 
Alkisah, seorang hamba Allah terserempak anak jirannya masuk ke kawasan belakang rumahnya dan sedang mengutip buah mangganya yang gugur.
Memang kalau diikutkan, rasa tak sabar hendak masuk ke rumah dan bercerita pada rakan-rakan sebab jirannya jenis suka mencari kesalahan mereka selama ini.
Jadi bila berlaku kejadian begini, serasa macam, yes, ada point aku nak malukan kau pula.
Mujurlah, masih ada Allah SWT dalam hati hamba Allah seorang ini. Lalu dibatalkan sajalah niatnya hendak menceritakan aib si anak jiran.
Dan janji Allah SWT itu pasti. Keesokan harinya, dia terlepas daripada satu konflik di tempat kerja yang sememangnya akan membuka aib beliau. Lihat?
Dalam isu berleluasanya budaya gosip di negara kita, mungkin agak payah untuk kita selaku individu yang bukan siapa-siapa hendak membanteras apalagi menghentikan terus budaya tersebut.
Tetapi apa yang mungkin boleh kita usahakan, janganlah menyokong budaya gosip lagi. Tak kisah melalui TV, internet, blog dan sebagainya.
Ingat prinsip dalam perniagaan, tiada permintaan maka tiada penawaran?
Insyaallah usaha yang nampak kecil ini boleh membawa impak yang besar sebenarnya. Jika jumlah penonton rancangan berunsur gosip berkurangan, tak mustahil untuk pihak penerbit mengurangkan siarannya.
Wallahu a'lam.
Kredit : sempoimedia
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
0 Comments

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers