Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah. ~ #JMBELOG Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah. - #JMBELOG

Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah.

Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah
Gambar Hiasan

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Nafkah bagi kehidupan suami-isteri [ iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka ] adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yg ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW;
“Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). 
Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

Digalakkan isteri untuk membantu suami, tapi mesti ingat! ianya bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus suami memaksa isterinya untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Dan Isteri yg engkar arahan suami dalam perkara ini tidak lah dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat.

Dalam pekara ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kpd isteri. Dan Isteri pula jangan keberatan pula membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yg dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi 2 pahala/ganjaran oleh Allah SWT; pahala sedekah dan pahala qarabah.

Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-;
“Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).
Apabila suami mengizinkan isteri utk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dgn persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan utk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yg diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut.

Nabi SAW bersabda;
“Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a’lam.

Kredit : WNS

3 comments:

Shikin Razali said...
This comment has been removed by the author.
Shikin Razali said...

Jazakallah khairan..

Shahida Dzulkafli said...

Perkongsian yang bagus..

History