Ingatlah pernikahan bukannya trial and error

Ingatlah pernikahan bukannya trial and error.
Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal.
Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang.
Janganlah hanya kerana kawan-kawan kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah.
Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan untuk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu untuk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Kepada pelajar-pelajar yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini
Tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook (atau mana-mana media social yang lain) tolong kurangkan posting-posting romantik kamu di FB.
Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.
.
Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup-cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog-dialog romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan untuk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.
Dan kepada pelajar-pelajar yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.
Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup.
Ingatlah anak-anakku, adik-adikku, pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat.
Dr. Fauziah Mohd Noor
#whatsapp
#jmbelog
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
3 Comments
avatar

Setuju.. Perkahwinan adalah tanggungjawab..

Reply
avatar

tepat sekali.Tak dapat dinafikan keseronokan bersifat sementara kesabaran dalam menghadapi dugaan perkahwinan tu lebih perlu diterapkan.

Reply
avatar

Dalam perkahwinan yang paling penting tanggungjawab... Tak tahu makna tanggungjawab memang tak sampai kemana lah perkahwinan...

Reply

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers