KEDAH MENANG PENENTUAN PENALTI KE ATAS JDT - 5-4 ~ #JMBELOG KEDAH MENANG PENENTUAN PENALTI KE ATAS JDT - 5-4 - #JMBELOG

KEDAH MENANG PENENTUAN PENALTI KE ATAS JDT - 5-4

KEDAH MENANG PENENTUAN PENALTI KE ATAS JDT - 5-4

Kedah dinobatkan juara Piala Sumbangsih 2017 dan membawa pulang hanya 1 mata dari Larkin. Ia sekaligus menamatkan penantian sejak 1994. Ia juga trofi kedua Tan Cheng Hoe dalam masa 3 tahun.
Kedah menang menerusi sepakan penalti dengan kemenangan 4-5.

Separuh masa pertama
Benjamin Mora menggunakan pendekatan 4-2-3-1 dengan pemain import baru mereka Brian Fereirra terus diberikan tempat dalam kesebelasan utama. Tan Cheng Hoe jelas mengejutkan ramai pihak dengan pemilihan kesebelasan utama.

Perlawanan agak agresif pada 20 minit pertama. Banyak bentesan keras daripada kedua-dua pasukan.
JDT mulai menguasai perlawanan dengan asakan banyak dari sebelah kanan. Bek kanan pasukan Kedah agak gugup pada awal perlawanan ini.

Pada minit ke-40, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas Brian Ferreira dijatuhkan oleh Syawal Nordin di dalam kotak penalti.

Safiq Rahim menyempurnakan sepakan tersebut menewaskan Abdul Hadi. Bola dihala laju ke sudut bawah sebelah kanan penjaga gol. Hadi dapat membaca namun sepakan penalti itu sangat baik dan sukar diselamatkan.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, S. Kunanlan dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang. Pengadil menarik sepakan penalti selepas atas nasihat penjaga garisan. Ia keputusan yang tepat untuk tidak memberikan penalti.

Separuh masa pertama, perlawanan bearkhir 1-0 memihak kepada JDT.

Separuh masa kedua

Bermula pada separuh masa kedua, JDT menukar formasi kepada 4-4-1. Kedah bermain lebih baik daripada separuh masa pertama dan lebih banyak menyerang.

JDT mengambil pendekatan lebih defensif dengan 10 orang pemain.

Pada minit ke-64, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar melakukan cubaan dari luar kotak penalti. Sepakan slice beliau menewaskan Farizal Marlias.

JDT hampir-hampir mendahului pada minit ke-80, namun cubaan Jeronimo Baralles diselamatkan oleh penjaga gol Kedah.

Kedah hampir menjadi pemenang dalam tempoh 90 minit namun Fakri Saarani gagal melakukan cubaan.

Tama 90 minit dengan 1-1 dan kedua-dua pasukan mendapat hanya 1 mata dalam Liga Super.
Penentuan penalti

Perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti. Brian Ferreira gagal menyenpurnakan sepakan ke-3. Liridon menjadi hero apabila menyempurnakan penalti kemenangan.

Ini kali kedua Kedah memenangi trofi menerusi penentuan sepakan penalti.
Tahniah Kedah 

No comments:

History