Memandu Di Jalan Raya Malaysia, kesalahan dan hukumannya ~ #JMBELOG Memandu Di Jalan Raya Malaysia, kesalahan dan hukumannya - #JMBELOG

Memandu Di Jalan Raya Malaysia, kesalahan dan hukumannya

Memandu Di Jalan Raya Malaysia, kesalahan dan hukumannya

Kesalahan-kesalahan Pemandu Dan Hukuman-hukuman Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Saya selalu berpendapat, seseorang pemandu yang cekap harusnya biasa dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (A.P.J.).
Oleh kerana demikian, percubaan akan di buat dalam artikal ini untuk menerangkan beberapa kesalahan dan hukuman yang boleh di kenakan kepada seseorang pemandu.
Pada tahun 2010, saya telah mengarang 10 kesalahan memandu dan hukuman-hukumannya.
Dengan update yang baru (Januari 2017), saya telah menambahkan 7 lagi kesalahan.
Untuk perhatian para pemandu, harap ambil perhatian terhadap kesalahan-kesalahan serta hukuman-hukuman yang boleh di kenakan terhadap tuan-tuan dan puan-puan.

1) Memandu di lorong kecemasan.

Apakah fungsi lorong kecemasan di jalan raya?
Jawapannya senang sahaja…untuk kecemasan!
Kalau anda memandu di lorong kecemasan tanpa sebarang masalah kecemasan, anda telah melakukan satu kesalahan di sisi undang-undang jalan raya.
Apakah hukumannya jika melakukan kesalahan ini?
Hukumannya agak berat, anda tidak akan di kompaun, sebaliknya anda akan di arah terus ke mahkamah.
Mengikut laporan dari The Malay Mail Online pada 1 Julai 2016, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Nadzri Siron berkara:
“Pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan tidak akan dikenakan kompaun sebaliknya terus dihadapan ke mahkamah”.
Jika anda di dapati bersalah, kemungkinan anda akan di denda RM2000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

2) Memandu tanpa cukai jalan.

Memandu tanpa cukai jalan untuk kereta mahupun motorsikal adalah satu kesalahan yang serius.
Cukai jalan adalah salah satu sumber hasil negara, dan jika anda tidak membayar cukai jalan, bersedialah untuk menhadapi hukuman yang berat.
Jika anda di dapati memandu tanpa cukai jalan atau road tax, anda tidak akan di kompaun, malah anda akan di minta ke mahkamah.
Hukumannya tertakluk kepada keputusan hakim mahkamah.

3) Memandu melebihi had laju.

Memandu melebih had laju adalah kesalahan di bawah Seksyen 40 (1) A.P.J.
Jika anda di dapati memandu melebihi had laju oleh pihak Polis atau J.P.J., anda akan di minta hadir ke mahkamah.
Jika anda di dapati bersalah, lesen anda mungkin di gantung satu bulan.
Sabit kesalahan lesen boleh di gantung 3 bulan.
Memandu melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan, dendanya ialah:
i) Melebihi 40 km/j – Denda RM300
ii) Melebihi 26 km/j – 39 km/j – Denda RM200
iii) 1 km/j – 25 km/j – Denda RM100

Kesemua kesalahan di atas jatuh di bawah Seksyen 69 (1A).
Jagi ingat, jangan suka pandu laju-laju.
Sekiranya minat memandu laju, saya syor masuk litar lumba sahaja.

4) Memandu tanpa lesen atau lesen tamat tempoh.

Kesalahan memandu tanpa lesen jatuh di bawah Seksyen 26 (1).
Beberapa tahun yang lalu, kesalahan memandu tanpa lesen adalah satu kes mahmamah.
Untuk mengurangkan beban keatas pemandu, jika anda didapati memandu tanpa lesen atau lesen sudah tamat tempoh, anda akan di kompaun.
Mengikut laporan Utusan Online pada 7 Disember 2016:
Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.
NOTA PENTING:
Jika anda memiliki sebuah kereta atau motorsikal, jangan sekali-kali meminjam kenderaan anda kepada abang, adik, saudara, ataupun kawan-kawan yang tiada lesen memandu.
Jika mereka di tangkap pihak Polis atau J.P.J. dan di dapati tiada lesen memandu, sebagai pemilik kenderaan, anda juga akan di denda!
Begitu juga untuk ibu dan bapa.
Jika anda membeli sebuah kenderaan di bawah nama anda dan kenderaan tersebut di gunakan anak anda, jika anak anda di dapati bersalah memandu tanpa lesen ataupun lesen tamat tempoh, kemungkinan besar anda juga akan di denda.
Sebagai seorang ibu bapa, ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan anak anda mempunyai lesen memandu.

5) Memandu bawah umur.

Sekiranya anda berumur 15 tahun ke bawah, anda tidak di benarkan memandu motorsikal.
Sekiranya anda berumuar 17 tahun ke bawah, anda tidak di benarkan memandu kereta.
Kesalahan memandu bawah umur melanggar Seksyen 39 A.P.J.
Kes ini akan di hadap ke mahkamah.
Dendanya ialah RM1000 atau penjara 6 bulan penjara ataupun kedua-duanya sekali.
Jadi ingat, jangan main-main melangar undang-undang keras ini.

6) Memandu ketika mabuk.

Kesalahan memandu ketika mabuk tertakluk di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika di dapati bersalah, anda boleh didenda maksimum RM6,000 dan penjara sehingga setahun.
Berapakah tahap alkohol yang di benarkan ketika memandu?
    • 35 Mikrogram dalam 100 mililiter nafas
    • 80 miligram dalam 100 mililiter darah dan
    • 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing
NOTA PENTING:
Kandungan alkohol yang di nyatakan di atas adalah untuk pemegang lesen penuh CDL sahaja.
Jika anda mempunyai lesen percubaan PDL, kadar alkohol mestilah KOSONG (o) untuk nafas, darah dan air kencing.
Pemegang lesen PDL, jika anda di dapati memandu ketika mabuk, lesen anda tentulah akan di gantung serta merta!

7) Memandu secara berbahaya.

Ingat tak kisah 10 orang mati di tol Jelepang dekat Ipoh pada 25hb Disember 2009?
Kebanyakan orang tentunya sudah lupa.
Ia melibatkan bas dua tingkat syarikat Sani Ekspress.
Pemandunya di lapor mengantuk.
Beliau di dakwa kesalahan Seksyen 41 A.P.J. 1987 di mahkamah kerana memandu dengan melulu dan bahaya.
Jika anda di dapati bersalah kerana memandu secara berbahaya, anda boleh di penjara 10 tahun.
Tahukah anda, jika anda membawa muatan lebih had ataupun tidak mengikuti had laju jalan raya, anda boleh di anggap sabagai memandu secara merbahaya.
Tahukah anda had laju di kawasan sekolah?
Ia adalah di bawah 30 km/j.

Jadi, jika anda memandu melebih had laju di kawasan sekolah, anda boleh di denda kerana memandu secara berbahaya.

8) Memandu menggunakan telefon bimbit.

Jika anda memandu dan menggunakan telefon bimbit, anda di anggap memandu secara berbahaya.
Anda boleh di dakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 A.P.J. 1987.
Jika di dapati bersalah, anda boleh di kenakan denda sebanyak RM300!
Kes menggunakan telefon bimbit termasuk smartphone agak unik.
Mengikut laporan The Sun Daily 27 Jun 2016, SAC Datuk Mahamad Akhir Darus berkata:
Motorists caught holding a mobile phone while driving will be issued a summons. This includes using handphones while waiting at traffic lights or in traffic jams.
Unlike criminal cases where the onus is on us to prove one’s guilt, this is a compound summons and it is up to the offenders to prove otherwise if they wish to dispute their case.
Pendek kata, pihak Polis tidak memerlukan bukti untuk kompaun anda kerana kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Sebaliknya, anda sebagai pesalah harus membuktikan yang anda tidak bersalah.
Unik dan amat pelik sama sekali.

9) Memandu menyebabkan kematian.

Pemandu kenderaan yang menyebabkan kematian di atas jalan raya adalah salah satu kesalahan yang paling serius di Malaysia.
Jika anda terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kematian, anda akan di dakwa di bawah Seksyen 41 (1) A.P.J. 1987.
Apakah hukuman jika seorang pemandu menyebabkan kematian di jalan raya?
Hukuman-hukumannya adalah:
i) Denda sebanyak RM500 – RM2000
ii) Mandatori penjara 2 – 10 tahun
Saya teringat suatu insiden, seorang pembaca blog ini mengemukakan soalannya.
Dia seorang pemuda kurang daripada 20 tahun usianya.
Suatu hari, dia membawa motorsikal dan membawa kawan karibnya sebagai pembonceng.
Motorsikal tersebut telibat dalam kemalangan yang mengakibatkan pembonceng mati kerana cedera parah.
Pemuda tersebut juga cedera, namun tidak serius sangat.
Oleh kerana pemuda tersebut menyebabkan kematian kawan karibnya, dia berjumpa dengan bapa si mati untuk meminta maaf.
Bapa kawan karibnya telah memaafkannya…
Beberapa minggu kemudian, pemuda tersebut di panggil pihak Polis.
Pihak Polis menjelaskan, oleh kerana pemuda tersebut menyebabkan kematian pembonceng motorsikal, dia akan di dakwa di bawah Seksyen 41 (1) A.P.J. 1987.
Pemuda tersebut amat risau.
Belia bertanya, bukankah bapa si mati telah memaafkan dia?
Saya menjelaskan, walaupun pihak keluarga si mati memaafkan pemuda tersebut, dari segi undang-undang, dia tetap akan di dakwa oleh pihak berkuasa.
Sehingga hari ini, saya tidak tahu hakikat pemuda tersebut.
Di harapkan semua pembaca blog ini dapat belajar daripada kesilapan pemuda tersedut.
Yang penting, berhati-hati di jalan raya.

10) Tidak membuat tukaran hak milik kenderaan dalam tempoh 7 hari.

Setiap pembelian atau pencapaian sesebuah kenderaan, harus di laksanakan tukaran milik dalam tempoh 7 hari.
Jika anda tidak buat demikian, ia merupakan suatu kesalahan.
Ini melanggar Seksyen 14 (1) A.P.J.
Sekiranya salah, anda boleh di denda RM100.

11) Tiada nombor pendaftaran atau nombor kabur, keliru atau tidak mengikut peraturan.

Kesemua di atas merupakan kesalahan menurut Seksyen 14 (1) A.P.J.
Memang ramai pemandu yang tidak tahu tentang kehendak ini.
Sekiranya anda melakukan kesemua kesalahan di atas, sudah pasti akan di saman RM100.
Jadi, jangan sekali-kali mengunakan kenderaan yang tiada nombor pendaftaran, nombor kabur, keliru atau yang tidak mengikut peraturan atau pun saiz.

12) Tukar alamat dalam tempoh 7 hari.

Tahukah anda bahawa anda hendaklah membuat penukaran alamat dalam tempoh 7 hari?
Ramai orang tidak peduli akan perkara ini.
Sebenarnya, ianya satu-satu kesalahan.
Anda boleh di denda sebanyak RM100 di bawah Kaedah 8GV (LD65 LN158 / 65).

 13) Tidak patuhi syarat-syarat “L”.

Beberapa syarat lesen “L” adalah:
i) Mesti pasang “L” di depan dan belakang.
ii) Tidak boleh angkut orang.
iii) Hendaklah memakai topi keledar.
iv) Tidak boleh menggunakan telefon bimbit sewaktu menuggang motor.

Sekiranya bersalahan, apakah dendanya?
RM200 menanti anda sebenarnya.

14) Memandu dengan lesen memandu yang batal atau di gantung.

Bolehkah anda memandu semasa lesen C.D.L. yang di batal atau di gantung?
Sudah tentunya tidak boleh!
Kalau degil, anda sebenarnya melanggar Seksyen 38 (2). A.P.J. 1987.
Ingat, ini kesalahan mahkamah. Dendanya RM2000 dan penjara 6 bulan.

15) Tidak memberi lesen atau kerjasama kepada pengawai penguat kuasa.

Jika anda di tahan pihak Polis ataupun pihak J.P.J, jangan berdegil dan enggan memberi kerjasama.
K 14GV (LD/LN 158/65) mengatakan perbuatan anda itu salah.
Ingat, ini adalah satu kesalahan berat.
Jika di dapati bersalah, anda mungkin di denda RM3000!
Kredit : dsmb

No comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Labels

Powered by Blogger.