Sudah pasti untuk mencari redha. ~ #JMBELOG Sudah pasti untuk mencari redha.
Skip to main content

Sudah pasti untuk mencari redha.

"Sudah pasti untuk mencari redha."
Di Subuh yang dingin… aku temui Ibu yang sudah sibuk memasak di dapur. 
“Ibu masak apa? Boleh saya tolong? ” 
“Ini masak mee goreng dan sambal ikan bilis kesukaan Ayah ” sahutnya.
“Alhamdulillah.. mesti sedap masakan air tangan ibu.. Tapi Ibu.. calon isteri saya tidak pandai memasak… ”
“Ya..Jadi apa masalahnya? ” Sahut Ibu.
“Bukan apa Ibu.. cuma beritahu saja, biar Ibu tidak kecewa, hehehe ”
“Apa kamu fikir yang memasak, membersihkan, menyapu, mengemas rumah serta lain lain itu kewajipan Wanita? ”
Saya memandang Ibu dengan tidak faham. 
Lantas beliau meneruskan, “Ketahuilah Nak, itu semua adalah kewajipan Lelaki. Kewajipan kamu kelak bila telah beristeri.” katanya.
“Bukankah Ibu setiap hari mengerjakannya? ” 
Saya masih tetap tidak faham juga.
“Kewajipan Isteri adalah patuh serta mencari redha Suami. ” kata Ibu. 
“Kerana Bapakmu mungkin tak dapat mengurus rumah, jadi Ibu bantu menguruskan semuanya.
Bukan atas nama kewajipan, namun juga sebagai bentuk cinta serta wujud Isteri yang mencari redha Suaminya ” 
Saya semakin bingung Ibu. 
“Baik, anandaku sayang. Ini pengetahuan untuk kamu yang ingin bernikah. ” 
Ibu berpaling memandang mataku.
“Menurutmu, pengertian nafkah itu apa? Bukankah Lelaki harus memberi nafkah kepada Isteri? tanya Ibu. 
“Ya sudah pasti Ibu.. ” 
“Baju yang bersih itu nafkah. Hingga mencuci adalah kewajipan Suami. Makanan itu nafkah. Jadi bila masih tetap berbentuk beras, itu masih setengah nafkah. Kerana belum dapat dimakan. Hingga memasak adalah keharusan Suami. Malahan mempersiapkan tempat tinggal adalah kewajipan Suami. Hingga kebersihan rumah itu kewajipan Suami. ” 
Mataku terbeliak mendengar kata-kata Ibuku ini. 
“Waaaaah.. sampai begitu Ibu..? Jika itu semua kewajipan Suami. Mengapa Ibu terus lakukan itu semuanya tanpa meminta dari Ayah? ”
“Sudah pasti untuk mencari redha. ” 
Kredit : sempoimedia.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Nama Penuh: Nurshazwany Hasrita Binti Hasbullah
Nama Panggilan: Wany Hasrita
Asal: Cheras, Selangor
Umur: 25 (2017)
Kerjaya: Penyanyi
Lagu Single: Menahan Rindu
Laman Sosial:
Facebook: https://m.facebook.com/wanyhasrita
Twitter: https://twitter.com/shazwanyhasrita
Instagram: https://www.instagram.com/wanyhasrita/


MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2 - TAMAT

Biodata ringkas penyanyi Hael Husaini

Biodata ringkas penyanyi Hael Husaini

Nama Penuh : Hal Husaini bin Razmi Nama Komersial : Hael Husaini Umur : 29 tahun (2017) Asal : Kuala Lumpur Pekerjaan : Penyanyi Kumpulan : Bekas duo Azhael Genre : Pop, R&B
Single : Lagu Jampi 

I AM Me - Dato Seri Vida

I AM Me - Dato Seri Vida
I Am Me
I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Fun

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA (28JULAI2017)

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA / klik sini untuk join