Chia Seeds adalah antara makanan paling sihat di dunia. Khasiat !? ~ #JMBELOG Chia Seeds adalah antara makanan paling sihat di dunia. Khasiat !? | #JMBELOG
Comments

Chia Seeds adalah antara makanan paling sihat di dunia. Khasiat !?

Posted by at February 02, 2017 Read our previous post
Chia Seeds adalah antara makanan paling sihat di dunia. Khasiat !? Chia Seeds mengandungi nutrien yang medatangkan manfaat yang hebat untuk tubuh dan otak anda.
Berikut adalah 11 manfaat kesihatan Chia Seeds yang terbukti melalui kajian melibatkan subjek manusia.
1. CHIA SEEDS MEMBEKALKAN NUTRIEN YANG SANGAT BANYAK WALAUPUN KANDUNGAN KALORINYA SANGAT SEDIKIT
Beginilah rupanya chia seeds:
Chia Seeds adalah bijian hitam daripada tumbuhan Salvia Hispanica, dari keluarga yang sama dengan pudina. Tumbuhan ini banyak terdapat di Amerika Selatan.
Chia Seeds merupakan makanan penting bagi Tamadun Aztec dan Mayan zaman purba. Bijian ini sangat bernilai kepada mereka sebagai sumber tenaga. Malah “chia” adalah perkataan Mayan yang bermaksud “tenaga”.
Walaupun telah diamalkan turun temurun oleh masyarakat Aztec dan Mayan Purba, Chia Seeds telah “tenggelam” dalam era moden dan ramai tak tahu tentang khasiatnya, tapi sekarang ia semakin popular kembali.
Dalam beberapa tahun yang lepas, popularitinya meledak dan semakin ramai pengguna Chia Seeds di seluruh dunia.
Jangan tertipu dengan saiznya yang kecil – 28 gram chia seeds mengandungi:
Serat (Fiber): 11 gram
Protein: 4 gram
Lemak: 9 gram (5 gram daripadanya adalah Omega-3)
Calcium: 18% keperluan harian
Manganese: 30% keperluan harian
Magnesium: 30% keperluan seharian
Phosphorus: 27% keperluan seharian
Ia juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2 dalam kadar yang banyak
Ia ibarat makan supplement tapi tanpa bahan pengawet dan bahan kimia berbahaya. Sememangnya suatu Super Food! Ia juga ditanam secara semulajadi dan tiada unsur GMO mahupun gluten.
2. CHIA SEEDS KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN
Apa itu antioksidan? Setiap kali kita bernafas, badan akan hasilkan pengoksidaan. Pengoksidaan atau free radicals ini adalah sisa pembakaran yang boleh merosakkan badan jika terkumpul terlalu banyak. Antara makanan yang melawan free radicals ini adalah Chia Seeds.
Apakah kesan free radicals kepada tubuh badan? Antaranya ialah kerosakan sel. Ini menyebebkan kulit kita kelihatan berkedut dan cepat nampak tua. Ia juga menyumbang kepada mutasi sel dan pertumbuhan sel kanser.
Kajian telah membuktikan bahawa memakan antioksidan dalam bentuk supplement tak mendatangkan kesan mujarab. Ia perlu dimakan dalam bentuk semulajadi, iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
Chia seeds adalah sumber antioksidan yang sangat padat. Anda perlu makan lebih sepuluh biji oren untuk mendapat kadar antioksidan yang sama dengan Chia Seeds.
3. HAMPIR SEMUA KARBOHIDRAT DALAM CHIA SEEDS ADALAH SERAT (FIBER)
Kalau anda makan banyak buah dalam kehidupan seharian, anda akan dapat manfaat antioksidan. Tapi ia juga datang dengan kalori yang tinggi dan menyebabkan badan cepat naik dan gemuk.
Chia seeds mengandungi antioksidan yang tinggi tetapi kandungan kalori yang rendah. Malah karbohidrat yang terdapat dalam Chia Seeds adalah dalam bentuk serat atau fiber yang tidak dihadam oleh badan.
Ini sangat berguna untuk pesakit diabetes kerana tiada perubahan kandungan glukosa dalam darah yang mendadak sehingga badan terpaksa menghasilkan terlalu banyak insulin.
Kandungan serat yang tinggi ini juga menyebabkan anda lebih cepat kenyang dan kurang selera makan. Chia seeds boleh menyerap air sehingga 12 kali ganda beratnya. Ia mengembang dalam perut dan menyebabkan anda cepat rasa kenyang.
Selain itu serat ini menjadi makanan kepada bakteria berguna dalam perut. Ramai tak tahu bahawa ini adalah rahsia untuk kekal sihat.
4. IA SUMBER PROTEIN BERKUALITI TINGGI
Lebih kurang 14% berat chia seeds adalah protein. Kebiasaannya, tumbuhan tidak mengandungi protein sehingga 14%. Protein yang terdapat dalam chia seeds mengandungi amino asid yang lengkap dan senang diserap oleh tubuh badan.
Pemakanan yang kaya dengan protein sangat membantu dalam menurunkan berat badan. Bila makan protein, kita kurang mengidam makanan sebanyak 60%, dan keinginan untuk makan lewat malam berkurangan sebanyak 50%.
Untuk orang yang kurang makan daging, eloklah gunakan chia seeds sebagai sumber protein.
5. KANDUNGAN PROTEIN DAN SERAT YANG TINGGI BOLEH MEMUDAHKAN ANDA TURUNKAN BERAT BADAN
Gabungan protein dan serat adalah sangat membantu jika ada hendak menurunkan berat badan. Protein adalah nutrien yang mengurangkan selera makan, dan juga membolehkan kita cepat kenyang. Protein juga menghalang otak kita daripada terlalu memikirkan tentang makanan.
Serat pula mengembang dalam perut dan menyebabkan kita rasa kenyang. Ini mengurangkan kalori harian dan hasilnya anda senang kuruskan badan.
6. KANDUNGAN OMEGA 3 FATTY ACID YANG TINGGI
Kalau diikutkan berat, chia seeds mengandungi lebih banyak Omega 3 Fatty Acid berbanding sumber yang paling terkenal iaitu ikan salmon.
Tetapi Omega-3 dalam chia seeds adalah dalam bentuk Alpha Linolenic Acid (ALA), yang perlu ditukarkan kepada EPA dan DHA untuk diserap dengan baik oleh badan.
Sistem tubuh manusia kurang efisyen dalam proses menukarkan ALA kepada bentuk EPA dan DHA, jadi ia kurang khasiatnya berbanding sumber haiwan seperti salmon.
Kalau anda makan chia seeds, adalah dinasihatkan untuk mendapat sumber DHA tambahan dalam bentuk supplement.
7. CHIA SEEDS MEMBANTU MENGELAKKAN PENYAKIT JANTUNG DAN DIABETES
Dalam bidang perubatan, terdapat beberapa petanda yang diuji dalam darah untuk mengetahui tahap risiko seseorang untuk menghidap penyakit seperti sakit jantung dan diabetes. Kandungan serat, protein, dan omega-3 yang tinggi dalam chia seeds dpercayai dapat menurunkan petanda dalam darah yang menjurus kepada penyakit kronik.
Petanda yang penting adalah seperti kandungan triglycerides, HDL, LDL, dan ketahanan insulin. Kajian belum dapat membuktikan secara yakin bahawa chia seeds dapat membantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular tetapi ia dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan lemak yang berbahaya dalam badan.
8. IA MENGANDUNGI SEMUA NUTRIEN YANG PENTING UNTUK TULANG
Beberapa nutrien dalam chia seeds sangat penting untuk kesihatan tulang, contohnya kalsium, magnesium, dan protein.
Kandungan kalsium dalam chia seeds sangat menakjubkan iaitu 18% keperluan harian badan dalam hidangan sebanyak 28 gram sahaja! Ini lebih tinggi daripada susu.
Chia seeds boleh dijadikan sumber kalsium untuk sesiapa yang tidak boleh makan barangan berasaskan susu seperti keju, yogurt, dan sebagainya.
9. IA TERBUKTI BERKESAN DAN MEMBANTU MENGURANGKAN SIMTOM DIABETES
Penggunaan chia seeds yang paling berjaya adalah dalam mengubati dan mengawal penyakit diabetes. Satu kajian telah dijalankan seperti berikut:
20 pesakit diabetes diberikan 37 gram chia seeds atau 37 gram gandum selama 12 minggu.
Pesakit yang mendapat chia seeds menunjukkan perubahan positif dalam beberapa aspek kesihatan:
tekanan darah menurun sebanyak 3-6 mm/Hg dan petanda keradangan hs-CRP menurun sebanyak 40%. Faktor risiko vWF juga menurun sebanyak 21%.
Kandungan gula dalam darah juga menurun, tetapi tidak begitu memberangsangkan.
10. IA MEMBANTU MENAMBAHKAN KETAHANAN SEMASA BERSUKAN ATAU AKTIVITI LASAK
Kaum Aztec purba menggunakan chia seeds untuk meningkatkan ketahanan fizikal dalam aktiviti lasak. Kajian telah dijalankan untuk menguji keberkesanannya.
6 peserta diberikan gatorade, atau campuran setengah gatorade dan setengah chia seeds sebelum memulakan senaman atas treadmill.
Peserta diarahkan berlari selama sejam atas treadmill, diikuti larian jarak jauh 10km. Tiada perbezaan prestasi kedua-dua kumpulan tersebut.
Ini bermakna, jika kita tukarkan setengah gatorade kepada chia seeds, kita tetap mendapat hasil yang sama dengan segelas penuh gatorade. Ini penemuan yang sangat penting untuk penggiat sukan yang menghidap diabetes kerana mereka tak perlu mengambil gula yang berlebihan dan membahayakan diri sendiri.
11. CHIA SEEDS AMAT MUDAH UNTUK DIAMALKAN
Ini bukanlah manfaat dari kesihatan, tetapi wajar dinyatakan di sini. Kebanyakan makanan yang diiktiraf sebagai makanan yang sihat sangat sukar untuk diamalkan dan akhirnya ditinggalkan. Tetapi chia seeds terlalu mudah untuk diamalkan walaupun manfaatnya sangat banyak.
Chia seeds tidak ada rasa yang kuat, jadi anda boleh masukkannya ke dalam apa-apa makanan pun tanpa merosakkan rasa asli makanan tersebut. Ia juga tak perlu dikisar, ditumbuk, dimasak, dan lain-lain. Makan terus sahaja lepas basuh sedikit. Jadi tidak leceh untuk disediakan.
Ia boleh dimakan begitu sahaja, ditambah dalam jus, makan dengan bubur, atau ditambah dalam makanan yang dibakar.
Anda juga boleh tabur atas bijirin sarapan pagi, masakan sayur, atau nasi. Ia boleh digunakan unutk memekatkan makanan berkuah seperti kari, malah ada yang menggunakan chia seeds untuk menggantikan telur dalam masakan.
Anda disarankan memakan 20 gram (1 setengah sudu besar) chia seeds, dua kali sehari.
Kredit : http://slimmtreats.com/

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

© #JMBELOG is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template