INFO : KENALI KAUM TARAHUMARA: PELARI ULTRA-MARATHON YANG TERUNGGUL DI DUNIA! ~ #JMBELOG INFO : KENALI KAUM TARAHUMARA: PELARI ULTRA-MARATHON YANG TERUNGGUL DI DUNIA!
Skip to main content

INFO : KENALI KAUM TARAHUMARA: PELARI ULTRA-MARATHON YANG TERUNGGUL DI DUNIA!

INFO : KENALI KAUM TARAHUMARA: PELARI ULTRA-MARATHON YANG TERUNGGUL DI DUNIA!
Gadis ini dari Puak Tarahumara, yang menetap di Chichuahua, Mexico. Suku kaum ini terkenal dengan larian Ultra-Marathon, mereka boleh berlari beratus-ratus batu jauhnya tanpa penat. Salah satu acara tradisi yang dipanggil rarajipari melibatkan larian sehingga 320km dan tidak berhenti selama beberapa jam malah boleh berlangsung sehingga beberapa hari!
Rarajipari adalah acara lari berganti-ganti menggunakan bola kayu. Pelari pertama akan berlari dan menendang bola kepada pelari seterusnya dan akan mengejar semula dari belakang untuk menerima bola dan seterusnya sehingga acara tamat.
Untuk perbandingan, ia ibarat berlari dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru tanpa henti selama beberapa hari! Memang sebab itulah mereka sangat terkenal di seluruh dunia sebagai pelari ultra-marathon.
MENGAPA MEREKA BERLARI BEGITU JAUH?
Tarahumara berlari marathon sebagai cara untuk berkomunikasi dengan puak lain yang tinggal jauh. Mereka juga belari sebagai cara untuk memburu haiwan liar. Berlari adalah aktiviti sangat penting dalam kehidupan seharian mereka dan ramai yang berlari sebagai satu bentuk riadah dan bersuka ria.
CARA TARAHUMARA MEMBURU
Kaum ini menggunakan cara yang sangat aneh untuk memburu. Mereka akan mengejar rusa atau ayam piru (turkey) sehingga haiwan itu pengsan akibat kepenatan! Rusa juga adalah haiwan yang terkenal dengan stamina yang tinggi jadi ini memang sangat menakjubkan.
Ahli antropologi Johan F Cassel menggambarkan kebolehan memburu Tarahumara:
“Mereka mengejar haiwan itu sehingga mati kepenatan. Burung dan rusa dipaksa berlari dengan kadar yang pantas tanpa rehat, dan akhirnya haiwan itu tumbang sendiri akibat terlalu letih.”
Tarahumara tidak munggunakan kasut ketika berlari. Mereka hanya menggunakan selipar yang sangat minimal rekabentuknya agar tidak mengganggu keseimbangan ketika berlari. Selipar yang dipanggil huarache ini digunakan sejak turun temurun oleh puak ini untuk aktiviti larian mereka.
Huarache moden dan tradisional
RAHSIA STAMINA KAUM TARAHUMARA
Seorang peneroka merentas gunung dengan keldai dan mengambil masa 10 jam untuk merentas gunung tersebut. Seorang pelari Tarahumara pula merentas gunung yang sama tetapi hanya mengambil masa 90 minit!
Apakah rahsia Tarahumara mencapai stamina yang begitu luar biasa? Mungkin pemakanan mereka menjadi faktor juga. Mereka hanya makan 5% daging dalam kehidupan seharian. Selebihnya adalah jagung, kekacang dan sayur-sayuran hijau.
Mereka juga gemar meminum iskiate sejenis minuman tenaga yang dibuat daripada chia seeds dan sedikit perahan air limau. Iskiate dikatakan dapat membekalkan tenaga yang lebih stabil sepanjang larian.
iskiate yang diperbuat daripada chia seeds
Dengan pemakanan sebegini, dan juga budaya yang menganggap larian itu sebagai aktiviti yang seronok dan bukan bersukan semata-mata, tidak hairanlah jika seorang Tarahumara berumur 55 tahun berjaya memenangi perlumbaan sejauh 160km merentas padang pasir Colorado Rockies.
KESAN PEMODENAN KEPADA TARAHUMARA
Kaum ini makin kehilangan budaya mereka yang unik akibat pengaruh pemodenan. Mereka mula makan makanan yang diproses, minum Coke, dan memakai kasut sukan dan tidak lagi menggunakan huarache. Mereka juga sering dieksploitasi oleh sindiket dadah di Mexico, kerana mereka tinggal berdekatan dengan Sierra Madre iaitu tempat penghasilan dadah terbesar di Mexico.
Walaupun mereka terkenal di seluruh dunia sebagai atlit yang unggul, tetapi mereka terbiar dan dipinggirkan di tanah air sendiri.
Diharap kerajaan Mexico dapat memelihara budaya suku kaum Tarahumara yang unik dan luar biasa ini.
Kredit : http://slimmtreats.com/

Comments

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Popular posts from this blog

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Nama Penuh: Nurshazwany Hasrita Binti Hasbullah
Nama Panggilan: Wany Hasrita
Asal: Cheras, Selangor
Umur: 25 (2017)
Kerjaya: Penyanyi
Lagu Single: Menahan Rindu
Laman Sosial:
Facebook: https://m.facebook.com/wanyhasrita
Twitter: https://twitter.com/shazwanyhasrita
Instagram: https://www.instagram.com/wanyhasrita/


I AM Me - Dato Seri Vida

I AM Me - Dato Seri Vida
I Am Me
I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Fun

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA (28JULAI2017)

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA / klik sini untuk join

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2 - TAMAT