Mat Dan, siapa ?

Mat Dan, siapa ?

Nama sebenar Mat Dan ialah Daniel Tyler. Berusia 26 tahun.Bapanya yang merupakan ahli perniagaan bernama Kevin, 53, dan ibu Nicol, juga 53, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.Daniel Tyler berasal dari Bristol, England. Pertama kali jejak Malaysia pada tahun 2009, ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.Mengembara ke Asia Tenggara, sehingga akhirnya terpikat dengan keindahan di Pulau Kapas. Beliau sebelum itu mengembara ke Thailand, kemudian Laos sebelum ke Pulau Perhentian, yang akhirnya beliau ambil keputusan untuk menetap di Pulau Kapas selama lebih 6 tahun.

Daniel Tyler telah memeluk agama Islam. Beliau tukar nama menjadi Kareef Daniel Abdullah. Sekarang anda tahu daripada mana datangnya Mat Dan (Mat Daniel).Mat Dan merancang untuk berkahwin pada tahun 2016, dan identiti wanita tersebut masih lagi menjadi misteri.Mat Dan juga merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Biologi Marin.Sebab utama kenapa Mat Dan menetap di Malaysia adalah disebabkan keramahan dan hospitaliti penduduk negeri Terengganu yang mesra dengannya.Boleh bercakap dan mula fasih berbahasa dialek atau loghat Terengganu selepas 3-4 tahun berada di Terengganu. Kefasihannya disebabkan oleh sifatnya yang mahu berkomunikasi dengan lebih baik dengan penduduk tempatan, kerana rata-rata penduduk tempatan tidak tahu berbahasa Inggeris.Dia kini menjadi kurang lancar berbahasa Inggeris apabila telah fasih berbahasa loghat Terengganu. Malah, semasa perkahwinan abangnya di England, semua ahli keluarga terkejut apabila pertuturannya diakhiri dengan perkataan - Lah.Mat Dan sudah ada program TV sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Program ini menceritakan pengalaman realiti bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,ooo kilometer.Merupakan kawan dan sahabat kepada PU Amin.Phobia dengan buah Durian selama 2 tahun disebabkan tempoyak yang disangkakan aiskrim. Tetapi sekarang, antara masakan yang disukai ialah Ikan Patin Masak Tempoyak.

Kredit : HASRULHASSAN

loading...

Share this :

Previous
Next Post »
1 Comments
avatar

Yelah femes dia sekarang ye JM. Rezeki dia kat Malaysia agaknya

Reply

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers