Penjaga gol gemuk popular sekelip mata ~ #JMBELOG Penjaga gol gemuk popular sekelip mata - #JMBELOG

Penjaga gol gemuk popular sekelip mata

Penjaga gol gemuk popular sekelip mata | PENJAGA gol simpanan Sutton, Wayne Shaw yang popular kerana gemuk sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia memakan pai di bangku simpanan skuad tersebut. Tindakan Shaw ketika skuadnya menentang Arsenal dalam pusingan kelima Piala FA itu dilapor bakal dikenakan tindakan oleh FA England, lapor Daily Mail. Penjaga gol gemuk itu menjadi popular sekelip mata apabila dia dipilih sebagai penjaga gol kedua ketika Sutton menang ke atas Leeds United pada pusingan ketiga Piala FA.

“Saya tidak makan sepanjang hari. Saya mendapatkan pai ini ketika rehat separuh masa kedua.”Ia hanya daging dan kentang dan tiada apa-apa yang berlebihan,” katanya selepas Sutton tewas 2-0 kepada Arsenal. Pengurus Sutton, Paul Doswell berkata, Shaw telah membuatkan kelab tersebut menjadi popular sekelip mata. “Saya lihat Shaw telah menjadi superstar, kerana dia juga pasukan ini menjadi tumpuan yang mendapat lebih banyak liputan media. “Inilah realiti dan ia tidak mengejutkan saya,” jelasnya. -AP

Kredit : lulu-pages.com

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Trending