Seorang lelaki di Amerika Syarikat sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$80,000 (RM359,000) untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti bintang pop wanita, Britney Spears. ~ #JMBELOG Seorang lelaki di Amerika Syarikat sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$80,000 (RM359,000) untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti bintang pop wanita, Britney Spears. - #JMBELOG

Reading List

Seorang lelaki di Amerika Syarikat sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$80,000 (RM359,000) untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti bintang pop wanita, Britney Spears.

Seorang lelaki di Amerika Syarikat sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$80,000 (RM359,000) untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti bintang pop wanita, Britney Spears. Lelaki itu, Byran Ray melakukan sedemikian kerana perasaan obsesnya terhadap Britney dan telah melakukan pembedahan tersebut bermula 14 tahun lalu.

Ray mengakui dia berasa sesuatu yang istimewa ketika kali pertama melihat Britney terutamanya paras rupa, suara dan tarian penyanyi itu yang dianggap sebagai pakej yang lengkap. Malah pada usia 17 tahun, Ray bertemu doktor gigi untuk membetulkan gigi bagi mendapatkan senyuman seperti Britney. Sejak itu, Ray menjalani lebih 90 pembedahan plastik untuk kelihatan seperti idolanya. Tidak setakat itu, Ray juga mempelajari tarian Britney dan mempamerkan kehebatannya ketika mengunjungi kelab malam.

Sebelum dan selepas

Selain itu, Ray juga menonton semua wawancara penyanyi pop tersebut, berpakaian sepertinya dan sentiasa menyanyikan lagu Britney. “Saya terlalu meminati Britney dan mahu menjadi sepertinya. “Malah ramai orang menyamakan saya seperti Britney, lebih-lebih lagi kawan rapat saya,” katanya. -AP

Kredit :Lulu-pages.com

1 comment:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Trending

Search This Blog