Siapa yang tidak teruja apabila melihat motosikal terbang dan itulah yang kini diusahakan BMW Motorrad. ~ #JMBELOG Siapa yang tidak teruja apabila melihat motosikal terbang dan itulah yang kini diusahakan BMW Motorrad.
Skip to main content

Siapa yang tidak teruja apabila melihat motosikal terbang dan itulah yang kini diusahakan BMW Motorrad.


Siapa yang tidak teruja apabila melihat motosikal terbang dan itulah yang kini diusahakan BMW Motorrad.
Dengan kerjasama Lego Technic, BMW Motorrad mencipta rekaan inovasi yang diinspirasikan daripada motosikal BMW R1200 GS Adventure.
Ia bermula dengan permainan Lego BMW R1200 GS Adventure yang terdiri daripada 603 keping blok.
Lebih menarik, permainan ini menerima sentuhan futuristik dimana ia boleh diubah-suai sebagai motosikal biasa mahupun motosikal yang mampu 'terbang' atau Lego Hover Ride Design Concept.
Elemen dua-dalam-satu permainan Lego BMW R1200 GS Adventure ini dapat mencabar kreativiti pemain bagi menghasilkan sesuatu yang 'di luar kotak'.
Dalam menghasilkan rekaan inovasi ini, Lego dan BMW sama-sama menghormati penjenamaan produk masing-masing.
Perkara ini dapat dilihat apabila beberapa elemen yang terdapat pada motosikal sebenar R1200 GS Adventure turut digunakan dalam permainan ini seperti kotak enjin, dan logo BMW.
Menurut Pengurus Kanan Rekabentuk Lego Technic, Andy Woodman, kerjasama BMW-Lego terjalin atas dasar semangat dan hormat antara satu sama lain.
“Kerjasama antara BMW dan Lego terjalin atas dasar semangat dan saling menghormati penjenamaan produk masing-masing. Melalui kerjasama ini, terbukti bahawa kita boleh mencipta apa saja termasuk masa depan,” kata Woodman dalam satu kenyataan.
Bagi merealisasikan impian untuk melihat motosikal terbang dalam saiz sebenar, pelajar tahun kedua hingga keempat BMW Junior Company Munich mencipta replika Hover Ride Design Concept.
Buat permulaan ia hanya replika dan belum berfungsi sebagai motosikal terbang. Ia dibina menggunakan beberapa bahagian asal motosikal R1200 GS Adventure seperti rim, tayar yang dijadikan kipas Hover Ride.
Replika Hover Ride ini sudah dipamerkan di Lego World di Copenhagen pada 16 Februari lalu.
Ia akan turut dipamerkan di pusat pameran BMW di Denmark dan Munich, Jerman pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Kredit : mymetro

Comments

Popular posts from this blog

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Nama Penuh: Nurshazwany Hasrita Binti Hasbullah
Nama Panggilan: Wany Hasrita
Asal: Cheras, Selangor
Umur: 25 (2017)
Kerjaya: Penyanyi
Lagu Single: Menahan Rindu
Laman Sosial:
Facebook: https://m.facebook.com/wanyhasrita
Twitter: https://twitter.com/shazwanyhasrita
Instagram: https://www.instagram.com/wanyhasrita/


MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2 - TAMAT

I AM Me - Dato Seri Vida

I AM Me - Dato Seri Vida
I Am Me
I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Fun

Biodata ringkas penyanyi Hael Husaini

Biodata ringkas penyanyi Hael Husaini

Nama Penuh : Hal Husaini bin Razmi Nama Komersial : Hael Husaini Umur : 29 tahun (2017) Asal : Kuala Lumpur Pekerjaan : Penyanyi Kumpulan : Bekas duo Azhael Genre : Pop, R&B
Single : Lagu Jampi 

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA (28JULAI2017)

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA / klik sini untuk join