Boleh Terapung,  Gila Ke Apa ? ~ #JMBELOG Boleh Terapung,  Gila Ke Apa ? - #JMBELOG

Boleh Terapung,  Gila Ke Apa ?

Screen Shot 2015-07-02 at 11.38.47 AM

Boleh Terapung,  Gila Ke Apa ? | Pada tahun 1993 satu Malaysia telah dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam pasangan bomoh Mona dan suami, Affandi. Kes pembunuhan tu antara yang paling mendapat perhatian. Sebab apa? Sebab macam-macam benda yang seram orang cerita.. Antaranya Mona Fandey boleh terapung dalam sel, boleh baca surah Al-Fatihah terbalik dan macam-macam lagi lah.

Tapi sejauh mana cerita tu sahih? Iya lah, orang boleh buat cerita sebab kes ini mendapat liputan meluas pada waktu itu. Pegawai Penjara Kajang, Sarjan Azizah atau lebih senang disapa sebagai ‘Cik Jah’ ditugaskan untuk menjaga sel Mona Fandey menceritakan kisah dan personaliti sebenar Mona Fandey sepanjang berada dalam penjara. Memang bertentangan dengan apa yang korang pernah dengar!

“Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona”

mf 7
Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.
Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,
Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.
Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,
Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.
Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.

Mona Fandey tak pernah berkata buruk pasal orang

Screen Shot 2015-07-02 at 11.53.57 AM
Menurut Cik Jah, Mona Fandey seorang yang peramah dan suka ajak berbual. Antara topik yang selalu dibualkan ialah pasal anak-anak, bekas suami, suami yang terkini dan juga resepi-resepi makanan.
Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,
Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,
Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas.

Tak pernah tinggal solat lima waktu

mf 9
Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.
Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.
Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona,

Boleh terapung? Gila ke apa

mf 1
Cik Jah selalu baca surat khabar dan banyak melaporkan yang Mona Fandey mempunyai kebolehan untuk terapung dalam penjara.
Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.
Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,
Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.
Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit.

Mona Fandey tak bersalah dalam pembunuhan ni

mf 11
Cik Jah akhirnya mendedahkan sebenarnya Mona Fandey bukan lah dalang utama dalam kes pembunuhan kejam tu. Sebaliknya suami Mona sendiri, Affandi merupakan OKT-1 (Orang Kena Tuduh 1) dan OKT-2 pembantu peribadi mereka, Juraimi.
Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.
Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah terbukti tidak bersalah dalam kes pembunuhan ini dan dia telah dibebaskan oleh pihak mahkamah.
Cik Jah juga menambah bahawa sewaktu hari kejadian, Mona hanya mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum upacara mandi bunga bersama dijalankan.

Ingin menjalani hukuman bersama suami

mf 10
Namun, Mona terpaksa memberi kata dua pula terhadap pembebasannya itu. Jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,
Peguambela Mona juga pernah memujuknya untuk menerima pembebasan itu tetapi tetap ditolak Mona tanpa pembebasan Affandi bersama. Itu pilihan Mona.
Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya.

“Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati”

mf 11
Cik Jah juga menambah bahawa bekas suami dan anak-anak sering hadir waktu kes perbicaraan tanda sokongan dan anak-anak Mona lebih mengenali ibunya. Bekas suami Mona yang juga anggota polis berkata Mona bukan seorang yang bersifat kejam.
Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia.

“Saya kenal Mona Fandey, dan saya terlalu rindukan dia”

mf
Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?
Mona jawab dia nak pergi ‘shopping’! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di ‘corner’ bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.
Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok,
Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia.
Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia.

Jenazah Mona Fandey tiada cacat cela

mf 12
Menurut Cik Jah, mengenali Mona Fandey adalah pengalaman yang paling indah dalam hidupnya. Sesungguhnya Mona mempunyai sifat yang murni.
Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan.
Sementara tu, Ustaz Abdul Rasyid yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal banduan berkata;
Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua. – Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.
Kredit : ohbulan

No comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Labels

AGAMA AKU AL-QUR'AN AL-QUR'AN DAN TERJEMAHAN ALEXA ARTIS BABBLE BLOG CATEGORY DRAMA FACEBOOK FIKIRKANLAH FILEM PENDEK FOLLOW FORD FREE FRIDAY FURSAN GADIS AIR MINERAL GADIS BIMBO GAJI GAMBAR GAMBARAN SYURGA GAMMA 1 GARAM GELARAN ADIK BERADIK GENIUS GIF GIF FACEBOOK COMMENTS GIPHY GLITTER GOOGLE GOSSIP GURU TAMPAR MURID HADIAH MISTERI HADIS HAFIZ & ADIRA HAFIZ SUIP HAMIL 4 BULAN HARAPAN HARGA DIRI HARGA MINYAk NAIK HARGA TURUN HARGAI HARI RAYA 2017 HARI TERAKHIR SEORANG BANDUAN HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S HATI HIBURAN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU HIKMAH HINDUSTANT HUJAN HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN HUKUM MEMOTONG RAMBUT HUTANG IBU IBU MUDA IDEA IKHLAS MERINDU IKLAN IKLAN RAYA IKLAN TM ILMIAH ILMU IMAM BUKHARI IMAN IMAN FARRAR INCOME INDIA INDRA AL FIRDAUS INFO INFORMASI INGATAN INSTAGRAM INSURANS INTERNET IQ TINGGI IRI HATI ISLAM IZARA AISHAH JAGALAH SOLAT JALAN TAR JALAN UTAMA SUNGAI ULAR DITUTUP MULAI 4 DISEMBER JANA PENDAPATAN JANGAN MAIN TELEFON DALAM MASJID JANGAN MENGHUKUM ORANG LAIN JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG KERAJAAN DAN SWASTA 2017-2018 JERITAN BATINKU JOGET ABAH JPJ JUALAN CUTI SEKOLAH JUARA LAGU 1990 JUMAAT KAD KISS KAD RAYA KAD RAYA ANIMASI KAIN TELEKUNG LAMBANG KRISTIAN KAJIAN KALENDER 2018 KAMU KAMUS BAHASA MELAYU KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA KARTUN KARTUNIS KASIH KASIH LEBARAN KASIH PADAMU KASIH SAYANG KEAJAIBAN ALAM KEBAHAGIAAN KEBAKARAN KEBERSIHAN KEBESARAN ALLAH KEDAI KAIN RAKYAT 1MALAYSIA KEHIDUPAN KEINSAFAN DIRI KEK KEK BATIK KEK COKLAT KEK MILO VIRAL KEK OREN KELUARGA KEMATIAN KEMBALI KEMBAR 9 KEMBAR 9 MENINGGAL KENANGAN MANIS ROCK KAPAK KENDERAAN KERAJAAN KERJA KOSONG RESEPI KESIHATAN KETENANGAN KFC KHAMIS KHUSNUL KHOTIMAH KILAT KISAH KISAH NABI KISAH RM1 DAN RM100 KLIK DENGAN BIJAK KOLEKSI LAGU RAYA KLASIK KPDNKK KREATIF KU RELAKAN DIKAU PERGI KUALA LUMPUR 2017 KUASA ILAHI KUCING KUCING BIJAK KUCING HAMIL KUCING PINTAR KUCING SARAT HAMIL PERGIKLINIK SENDIRI KUIH KULIM KUMPULAN MUTIARA LABEL LACTEATKIES COOKIES PROMOTION LAGU LAGU IBU LAGU LAMA LAGU RAYA LARANGAN WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR LARIS LAWAK LAYU DI HUJUNG MEKAR LELAKI LESEN LIRIK LAGU LISTERINE LIVE LOMPAT JAUH LOVE LOVE OF MY LIFE LUAR NEGARA LUKISAN MAHER ZAIN MAHRAM MAK CIK PENJUAL REBUNG MAKANAN MAKLUMAT KATA MAKSUD XOXO MALAM LAILATUL QADAR MALAYSIA MAN KHAN MANJO MANUSIA MUDAH LUPA MASAKAN MAXIS MAXIS ONE PRIME MELAMAR RINDU MELAYU MELLY GOESLAW MENARA GRENFELL LONDON MENARA GRENFELL LONDON TERBAKAR MENCARI SESUAP NASI MENGANDUNG 9 BULAN MERAJUK MERAYU MIMPI BASAH MINYAK MISHA OMAR MISTERI MOHAWK MOHD ZAKI YAMANI AZMAN MONDAY MONOLOQUE MOTIVASI MOTOSIKAL BERPAYUNG MRSM MUDAHNYA KAU BERUBAH MUHAMMAD ZIYAD ZOLKEFLI MUNGKIN MUSLIM MENJADI PENYELAMAT MUTIARA MUZIK MUZIK 32 MyEG NABI NABI MUHAMMAD SAW NAJIS MANUSIA NAJWA LATIF NASA NASI GORENG NASIHAT NERAKA NILAI NILAI DIRI NOAH NOSTALGIA NOTA HATI NOVEL ONLINE NOVELIS NOVEMBER NUFFNANG OCTOBER OKAY OKID OMBAK RINDU OPAH DOT COM OPICK OST TITIAN KASIH P.RAMLEE PAGEVIEW PAKEJ UMRAH PANTUN PEARL PEKERJAAN PELABURAN MARA PELAJAR CEMERLANG PELAKON PELENGKAP HIDUPKU PELIK PELUANG PEKERJAAN PELUANG PENDAPATAN PELUKIS PEMENANG CLEVER GIRL 2017 PEMENANG SEGMEN PENDIDIKAN PENGAJARAN PENGAJARAN BUAT IBU BAPA PENGETAHUAN PENGHABISAN STOK PENGHUNI LANGIT PERTAMA HINGGA KE TUJUH PENGOMEN TEGAR BULANAN PENGORBANAN PENJAGAAN RAMBUT PENULIS PENULIS HAROKAT DAN TITIK PADA MUSHAF AL -QURAN PENYANYI PERASAAN PERINGATAN PERJUANG KANSER PERKAHWINAN PERKAHWINAN TAUKE JAMBU PERKONGSIAN PERNIAGAAN ONLINE PERSAHABATAN PERTAMA KALI DI AIDILFITRI PESAKIT MISTERI PESAN IBU PESAWAT PESTA PESTA ORKID DAN FLORA - BMC VENTURE PETROL PETUA PHOTOGRAPHY PIDM PILIHAN PILIHAN PEMBACA PING POKET KOSONG POKOK SENA TASIK GELUGUR POLIGAMI POPULAR POST POSITIF POTONGAN KERTAS POTRET PROMOSI PUASA PUASA SUNAT SYAWAL PUTAR DAN KETAHUI PUTERA BAND QADHA PUASA RAMADHAN QUEEN RABITHAH RABU RADIO RAGAM RAHSIA HAFAZAN DR ZAKIR NAIK. DR ZAKIR NAIK RAHSIA SOLAT RAHSIA SUJUD RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT RAISHA RAMADHAN RAMLEE AWANG MURSHID RASA RASULULLAH RASULULLAH MELARANG POTONGAN RAMBUT SEPERTI INI RAWAT BUASIR RAYA RAYA DI TEMPAT KERJA REAL SPIN REBUNG RECENT POSTS RESEPI RESTU RAMADHAN REVIEW BLOG REZEKI RIBUT RINTIHAN RINDU RIO RM1 ROH JASAD BERPISAH ROH KEMBALI ROYAL RUMAH MEWAH SABAH SABAHAN BLOGGER SABTU SAHABAT SAKIT BELAKANG SAKIT TENGKUK SALONPAS SALT SAMAN SAMPAI LANGIT SANTAI SAPS SATAY SATAY AYAM GORENG SATURDAY SAYANG SEBENARNYA.MY SEDEKAH SEDIH SEGMEN SEGMEN TAMAT SEJADAH PANJANG SEJARAH PUASA SEKOLAH SELAGI ADA WAKTU SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2017 SELANGOR SELEBRITI SELFIE SELFISH SELUAR JEANS MAHAL SEMAKIN RINDU SEMANGAT YANG HILANG SEMASA SEO SEPARUH AKHIR SEMI FINAL MUZIK MUZIK 32 SEPI SEPTEMBER SEPULUH MALAM TERAKHIR SERAM SIAPA IMAM BUKHARI SIAPAKAH SEBENAR P. RAMLEE SIFAT 20 SINAR FM SINOPSIS SISTEM GURU ONLINE SISTEM KOMUNIKASI MALAYSIA SITEMAP SITI NOOR RADIAH ISMAIL SITI NORDIANA SITI NURHALIZA SLIP DISC SMS SMULE SOFEA SOLAT SOLAT SUBUH STORY SUFIAN SUHAIMI SUKA DUKA SUKAN SUKAN PARALIMPIK DI RIO DE JANEIRO SUKAN SEA 2017 SUKATAN SUKATAN BAHAN-BAHAN SUKATAN MAKANAN SULTAN SULTAN KEDAH YANG BARU SUMBER SUMPAH CINTAKU SUNGGUH MENCINTA SUNNAH SUNNAH NABI SUNNAH RAMADHAN SURAH AD-DHUHA SURAH AL-BAQARAH SURAH AL-IKHLAS SURAH AL-MUMTAHANAH SURAH AN-NISA SURAH AN-NUR SURAH MUHAMMAD SWASTA SWIFT CODE SYAABAN SYAFA WANI SYAWAL SYUKUR SYURGA SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU TAB MANDI TAFSIR MIMPI TAJUL TAKBUR SEORANG ISTERI TAKKAN PIASH TAMAN RASYIDAH UTAMA TAN SRI TENKU SALLEHUDDIN TANDA DAHI HITAM TANDA PENYAKIT TAPAK TANGAN TARIKH BAIK TASIK MISTERI TAUFAN TAYAMUM TAYAR TAZKIRAH TEKNOLOGI TELEFILEM TEMPAT KERJA TEMPLATE TEMUDUGA TERBUKA TERKINI TERSENTUH HATI TERSIKSA TERUS MENCINTAI TERUS MENCINTAIMU THOMAS ARYA THURSDAY TINGGI BERAT BADAN IDEAL TIPS TNB TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA TONTON TOP TEN TRANSIT TERAKHIR TRAVEL TUESDAY TUJUH LAPISAN LANGIT TUTORIAL TV3 TV9 UBAT UCAPAN UCING KADAYAN UMMI UMRAH UPIN & IPIN UPSR 2017 USAH MERUNGUT USTAZ AZHAR IDRUS USTAZ DON DANIYAL USTAZ SYAMSUL DEBAT VICK VAPORUB VIDEO WAJAH BLOG WALI BAND WANI HASRITA WANITA WANITA DAN SWAFOTO WANNS AHMAD WASILAH KASIH WEBE WEDNESDAY WHATSAPP WHATSAPP GROUP WHATSAPP TAK PERLU SAVE NO TELEFON WINGS WOMEN WORLD WOWAPP XOXO YAZID AZAHAM YOUTUBE ZIKIR ZULHIJJAH 1438

About Me

My photo