Pakcik umur 76 tahun awal pagi belum kul 8 dah tunggu depan pejabat nak buat semakan br1m TIDAK LULUS sebab

Pakcik umur 76 tahun awal pagi belum kul 8 dah tunggu depan pejabat nak buat semakan br1m TIDAK LULUS sebab


Ramai yang mengeluh admin nampak sejak semalam, ramai yang tidak menyangka mereka tidak dapat Bantuan Rakyata 1 Malaysia (BR1M) wang yang kononnya untuk bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Semuanya gara-gara telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) seperti yang telah disarankan oleh kerajaan sendiri jika hendak berniaga walau secara kecil-kecilan.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati ini, kerana ramai yang mendaftar tetapi tidak berniaga atau ada yang berniaga mendapat pendapatan yang terlalu kecil.

Dikongsikan oleh seorang wanita bernama Zalia Hezlin dimana beliau telah memuatnaik sebuah cerita apa yang berlaku di depan pejabatnya.

Katanya seorang lelaki warga emas telah menunggu sejak awal pagi di depan pejabatnya semata-mata tunggu pejabat buka untuk menyemak status BR1M, tetapi apabila diperiksa ternyata tidak lulus kerana pendaftaran SSM.

Jom kita baca,

Tak boleh nak up status happy pagi ni :'(

Pakcik ni awal pagi belum kul 8 dah tunggu depan pejabat nak buat semakan br1m

Umur dia 76 tahun...

Hasil semakan TIDAK LULUS atas alasan perlu membuat pengesahan pendapatan (SSM)

"Aku terus bagi dia kerusi suruh duduk sebelum beritahu yang BR1M dia gagal, rasa tak sampai hati nak suruh dia naik komuter pergi Rawang sana cek kat LHDN apa yang tak kena sebenarnya." 


SSM ni apa sebenarnya? cuba bagi keterangan jelas..


Ni warga emas tau!!!! jangan nak seksa dia suruh ke sana ke mari.. 

Kesiannya melihat raut wajah kecewa dia....

Ini pula seorang lagi warga emas berumur 79 tahun yang kecewa dengan alasan yang sama


Aku terus mencarut2 dalam hati kerana sakit hati yg amat sangat.. 

Kalau takde duit nak bagi br1m... 
Tak payah bagi semua orang...

Next PRU.. silalah buat pilihan BIJAK!!!

#BR1M

*update utk yg GAGAL atas sbb pengesahan pendapatan SSM...
Ini caranya utk buat rayuan

"Saya nk share ..husb bru blik g LHDN tnya pasal status yang pengesahan ssm tu..husban cakap LHDNnak penyata suami isteri 3 bulan.. pastu hantar 3 april 2017

Pastu mereka cakap sekarang ramai daftar SSM.. jadi xleh nak ckp saje2 daftar..so bukti penyata suami isteri tu yg Mereka nk.."

tq Nor Azeyan

Sumber - Siakapkeli.my

loading...

Share this :

Previous
Next Post »
6 Comments
avatar

adoii baca pun dah sedih tau , nak-nak warga tua pergi sana nak tahu status brim

Reply
avatar

Kesian pada warga emas yang terlalu berharap, sedih bila baca post nie.. ;(

Reply
avatar

Kenapa tak bagitau awal-awal kan suruh lengkapkan semua dokumen dulu untuk dikemaskini... :-(

Reply
avatar

sama! suami sis pun tak lulus kerana SSM sdgkan kami ikut ckp pemimpin walau niaga kecik2 kena juga ada SSM. Rasa mcm terpedaya pulak. Ikut salah x ikut pun salah

Reply
avatar

Yg llus pun tk msuk lagi brim. Ape pulak dgn yg tk lulus disbbkan bnda remeh --' Dah memang tkde dana sbnrnya

Reply

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers