PERUMPAMAAN SAHABAT

PERUMPAMAAN SAHABAT

1) Ada sahabat... dia macam garam*. Nampak kecik. Harga pun murah,  macam tiada nilai sangat. Tapi, bila garam tiada, masak apa pun tak jadi . (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

2) Ada sahabat... dia macam gula.* Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik.

3) Ada sahabat... dia macam beras.* Wajib ada, kalau tidak ada, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari walau sedikit.

4) Ada sahabat... dia macam desert*. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin...Muncul sesekali tapi impak bermakna.

5) Ada sahabat... dia macam sayur.* Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tahu, sayur itu sangat elok untuk kesihatan kita.

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting..
Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah Sahabat-sahabat mu'minmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat”.

Imam syafi'i berkata

“Jika engkau punya sahabat - yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah- maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi kehilangannya sangat mudah sekali”


@tarbiyahsempoii
#whatsapp 
#jmbelog
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
1 Comments
avatar

Wahh terbaik perumpamaan ni..

Reply

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers