KEDAH JUARA PIALA FA (20MEI2017) ~ #JMBELOG KEDAH JUARA PIALA FA (20MEI2017)
Skip to main content

KEDAH JUARA PIALA FA (20MEI2017)

Kedah Juara Piala FA 2017

KEDAH JUARA PIALA FA (20MEI2017)

SHAH ALAM 20 Mei - Kedah muncul juara Piala FA buat kali keempat selepas menundukkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam, di sini sebentar tadi.
Kedah membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi penyerang dari Denmark, Ken Ilso yang menerima hantaran lintang menarik daripada Mohd. Syazwan Zainon untuk mendahului Pahang 1-0.
Kedah hampir menggandakan jaringan selang tujuh minit kemudian bagaimanapun rembatan import dari Brazil, Sandro da Silva melewati palang selepas menerima hantaran daripada Ilso.
Pahang menerima tamparan hebat apabila terpaksa beraksi 10 pemain apabila pemain tengah, Francisco Insa dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Mohd. Rizal Mohd. Ghazali pada minit ke-33.

Situasi tersebut memberi kelebihan kepada skuad Lang Merah apabila mereka mudah memasuki kubu lawan malah pada minit ke-46 Kedah menggandakan jaringan menerusi rembatan Baddrol Bakhtiar selepas berlaku kucar-kacir di depan gawang gol Pahang.


Biarpun beraksi 10 pemain Pahang berjaya mengurangkan defisit gol menerusi rembatan pertahanan, Heo Jae-won yang berpunca daripada sepakan sudut Jorge Romero pada minit terakhir babak kedua.
Baddrol kemudian meledak gol peribadi keduanya selepas mudah menolak masuk bola hantaran Ilso pada minit ke-74.
Perlawanan terus berlangsung sengit apabila Tok Gajah kembali merapatkan jurang menerusi tandukkan Mohamadou Sumareh pada minit ke-80 untuk meletakkan kedudukan 3-2 dan keputusan itu kekal sehingga tamat permainan - 

Kredit : utusan

Comments

Popular posts from this blog

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Biodata Ringkas Penyanyi Wani Hasrita

Nama Penuh: Nurshazwany Hasrita Binti Hasbullah
Nama Panggilan: Wany Hasrita
Asal: Cheras, Selangor
Umur: 25 (2017)
Kerjaya: Penyanyi
Lagu Single: Menahan Rindu
Laman Sosial:
Facebook: https://m.facebook.com/wanyhasrita
Twitter: https://twitter.com/shazwanyhasrita
Instagram: https://www.instagram.com/wanyhasrita/


MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2 - TAMAT

Biodata ringkas penyanyi Hael Husaini

Biodata ringkas penyanyi Hael Husaini

Nama Penuh : Hal Husaini bin Razmi Nama Komersial : Hael Husaini Umur : 29 tahun (2017) Asal : Kuala Lumpur Pekerjaan : Penyanyi Kumpulan : Bekas duo Azhael Genre : Pop, R&B
Single : Lagu Jampi 

I AM Me - Dato Seri Vida

I AM Me - Dato Seri Vida
I Am Me
I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I’m A Queen

I’m Inspire
Your Desire
I’m A Diva
Living La Vida

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

Come To Me
Sayang Sayang Sayang
Say With Me
Sayang Sayang Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Fun

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA (28JULAI2017)

SEGMEN : FOLLOW ME! BY NASEHA SYAHIRA / klik sini untuk join