10 rumah mewah yang dimiliki oleh usahawan dan selebriti terkaya di dunia ~ #JMBELOG 10 rumah mewah yang dimiliki oleh usahawan dan selebriti terkaya di dunia - #JMBELOG

10 rumah mewah yang dimiliki oleh usahawan dan selebriti terkaya di dunia

Jika anda mempunyai duit yang banyak, sudah tentu anda akan membelanjakannya dengan membeli rumah yang selesa untuk anda tinggal bukan?
Memang tidak dinafikan ia adalah sifat semulajadi manusia apabila ramai orang menyamakan keselesaan dengan saiz. Disebabkan itulah, tidak hairan jika sebuah rumah moden yang besar yang dianggap terlalu menonjol walaupun kekurangan integriti seni bina ini menjadi pilihan dan terkenal dalam kalangan orang-orang kaya.


Apa yang bakal kita saksikan ini bukan sahaja tentang kekayaan. Ianya berkaitan dengan lebihan duit yang mereka miliki sehingga ada yang sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk memiliki mahligai mewah ini. Jom kita lihat 10 rumah mewah yang dimiliki oleh usahawan dan selebriti terkaya di dunia.
1. Hala Ranch, Aspen, Colorado
Saiz: 56,000 kaki persegi. (ia lebih besar daripada ‘White House’!)
Harga: 135 juta dollar = RM 577,327,500.00
Pemilik: John Paulson seorang pengurus dana lindung nilai.
Sejarah pembinaan:
  • Rumah ini telah dibina pada tahun 1991 oleh Putera Bandar bin Sultan semasa beliau berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat.
  • Putera Bandar hanya menziarahi rumah ini sebanyak 3 kali setahun.
  • Rumah ini kemudiannya dijual kepada John Paulson pada tahun 2005.
Ciri-ciri:
  • 15 bilik tidur
  • 27 bilik mandi
  • Kolam air
  • Taman arca
  • Kolam memancing
  • Tempat basuh kereta
  • Pam gas
  • Kedai mekanik
  • Kandang kuda berhaba
  • Gelanggang skuash
  • Laluan ski
  • Loji rawatan kumbahan
9. The Manor, Los Angeles, California

(Manor bermaksud sebuah rumah lama besar berserta pemilikan tanah.)
Saiz: 56, 500 kaki persegi.
Harga: 150 juta dolar = RM 641,475,000.00
Pemilik: Petra Ecclestone-Stunt, waris perempuan kepada jutawan Formula One Bernie Ecclestone.
Sejarah pembinaan:
  • Ini adalah manor yang terbesar di antara manor-manor yang lain
  • Dibina pada tahun 1988 oleh penghibur terkemuka Aaron Spelling dan isterinya Candy
  • Ia  terletak di Holmby Hills, California dengan kawasan kejiranan yang mewah hanya didiami oleh orang-orang terkaya dan terkenal
  • Manor ini kemudiannya di jual kepada waris perempuan jutawan Petra Ecclestone pada tahun 2011
  • Selepas 3 tahun dan lebih 20 juta dolar dihabiskan untuk proses pengubahsuaian, Ecclestone meletakkan manor ini dalam pasaran dengan harga 150 juta dolar
  • Rumah ini tersenarai antara salah satu rumah yang paling mahal di pasaran dunia sekarang
Ciri-ciri:
  • 7 bilik tidur
  • 14 katil
  • 27 bilik mandi
8. Mainson de L’Amitie, Palm Beach, Florida
Saiz: 60,000 kaki persegi
Harga: 95 juta dolar = RM 406,267,500.00
Pemilik: Dmitry Rybolovlev iaitu seorang billionaire
Sejarah pembinaan:
  • Dibina pada tahun 1930.
  • Pernah didiami oleh ahli perniagaan terkaya termasuklah Donald Trump.
  • Trump menjual rumah ini selepas menduduki selama setahun kepada jutawan Rusia iaitu Dmitry Rybolovlev dengan harga 95 juta dolar
  • Pada tahun 2016, Rybolovlev terpaksa merobohkan rumah ini dan dibahagikan kepada beberapa plot rumah. Ini kerana, rumah lama ini berada dalam keadaan usang walaupun selepas beberapa kali menjalani proses pengubahsuaian
Ciri-ciri:
  • Dilengkapi dengan emas dan berlain disetiap sudut rumah
  • 18 bilik tidur
  • 22 bilik mandi
  • Galeri lukisan
  • Bilik media
  • Bilik tarian
7. Xanadu 2.0, Medina, Washington
Saiz: 66,000 kaki persegi
Harga: 123.54 juta dolar = RM528,318,810.00
Pemilik: Bill Gates
Sejarah pembinaan:
  • Dibina pada tahun 1988
  • Memakan masa selama 6 tahun untuk disiapkan
  • Menelan kos perbelanjaan sebanyak 63.2 juta dolar
  • Cukai harta tahunan hampir 1 juta dolar setahun
Ciri-ciri:
  • Mesra alam dan berteknologi tinggi
  • Mempunyai kawalan suhu panas bumi dan lantai yang berhaba
  • Perpustakaan seluas 2100 kaki persegi
  • Ruang makan seluas 1000 kaki persegi
6. Pensmore Mansion, Ozark Mountains of Highlandville, Missouri
Saiz: 72,000 kaki persegi
Harga: tidak dinyatakan
Pemilik: Steve Huff seorang pengusaha dan jurutera
Sejarah pembinaan:
  • Dibina pada tahun 2008 dan masih pembinaannya masih dijalankan
  • Rumah ini lengkap dengan teknologi canggih dan pemiliknya bercadang menggunakan rumahnya untuk membuktikan formula konkrit syarikatnya berhasil
Ciri-ciri:
  • Dibina dengan menggunakan bahan yang tahan bencana alam seperti gempa bumi, puting beliung
  • Ia juga dibina dengan menggunakan bahan yang tahan perbuatan khianat manusia seperti api, bom
  • Terdapat 13 bilik tidur, 14 bilik mandi, 5 bilik tidur yang dilengkapi dengan ruang dapur.
5. La Reverie, Palm Beach, Florida
Saiz: 84,626 kaki persegi
Harga: tidak dinyatakan
Pemilik: Sydell Miller, pengasas syarikat produk rambut, Matrix Essentials
Sejarah pembinaan:
  • Sydell Miller telah membeli tapak rumah ini pada tahun 1995 dengan harga 4.9 juta dolar
  • Dibina pada tahun 2001 oleh arkitek bernama Jeffery W.Smith
  • Direkodkan bahawa Miller telah membelanjakan 40 juta dolar untuk membinanya dan kini bernilai hampir 61.5 juta dolar
Ciri-ciri:
  • Gelanggang tenis
  • Kolam renang
  • Dijadikan tapak melakukan kerja-kerja amal dan konsert
4. Versaillesm Windemere, Florida
Saiz: 90,000 kaki persegi
Harga: tidak dinyatakan
Pemilik: David Siegel CEO Westgate Resorts dan isterinya Jacqueline Siegel
Sejarah pembinaan:
  • Terletak di Orange County, Florida dan masih dalam pembinaan
  • Dijangka siap pada hujung tahun 2017
  • Pemilik rumah telah melabur sebanyak 50 juta dolar untuk kos pembinaannya
Ciri-ciri:
  • 2 panggung wayang
  • 8,000 kaki persegi bilik utama
  • 30 bilik mandi
  • 15 bilik tidur
  • 11 dapur
  • 6 kolam
  • 30 garaj kereta bawah tanah
 3. Fairfield Pond, Hamptons
Saiz: 110,000 kaki persegi
Harga: 170 juta dolar = RM 727,005,000.00
Pemilik: Ira Rennert, pelabor Amerika
Sejarah pembinaan:
  • Dinamakan Fairfiled Pond oleh pemiliknya sendiri
  • Siap dibina pada tahun 2003
Ciri-ciri:
  • 29 bilik tidur
  • 39 bilik mandi
  • Sebuah ruang makan rasmi
  • 2 gelanggang skuash
  • 2 gelanggang tenis
  • Lorong bowling
2. Antilla, Mumbai, India
Saiz: 400,000 kaki persegi
Harga: 2 billion dolar = RM 8,553,000,000.00
Pemilik: Mukesh Ambani, antara 5 orang terkaya dunia
Sejarah pembinaan:
  • Bangunan pencakar langit peribadi milik Mukesh Ambani ini menelan kos awal pembinaan dan kos untuk mengekalkannya sebanyak nilai bersih 30 bilion
  • Direka oleh arkitek bernama Perkins dan Will
  • Dibina oleh syarikat pembinaan milik Australia Leighton Holdings
Ciri-ciri:
  • 27 tingkat
  • Dibina dengan bahan tahan gempa bumi pada 8 skali richter
  • 6 tapak parkir kereta
  • 9 tangga bergerak
  • Kolam mandi
  • Studio yoga
  • Bilik ais
  • Panggung wayang
  • Ruang tarian dengan lampu Kristal
1. Istana Nurul Iman, Brunei
Saiz: 2.15 juta kaki persegi
Harga: 1.4 bilion = RM 5,988,430,000.00
Pemilik: Hassanal Bolkiah iaitu Sultan Brunei
Sejarah pembinaan:
  • Kos pembinaan menelan belanja hampir 1 bilion
  • Dibina dalam masa 2 tahun dan siap dibina selepas Brunei bebas dari penjajahan British pada tahun 1984
  • Pereka luaran ialah Leornardo V.Locsin. Beliau cuba menggabungkan unsur keislaman Brunei dan struktur tradisional Melayu
  • Pereka dalaman ialah Khuan Chew yang juga bekerja dalam pembinaan Burj Al Arab di Dubai
  • Tingkap, pintu dan pemegang pintu direka dan dihiasi dengan jubin yang diperbuat daripada emas tulen
Ciri-ciri:
  • 1788 bilik
  • 257 bilik mandi
  • 5 kolam renang
  • 110 garaj kereta
  • 200 kandang kuda berhawa dingin
  • Sebuah masjid yang boleh dipenuhi 1,500 orang
Kredit : Era Baru

1 comment:

  1. Ada duit semuanya boleh dilakukan.. Memang cantik dan mewah kawasan rumah tue..

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Labels

Total Pageviews

Powered by Blogger.