Biodata Izara Aishah ~ #JMBELOG Biodata Izara Aishah - #JMBELOG

Reading List

Biodata Izara Aishah

 
Biodata Izara Aishah / Izara Aishah Hisham lahir 28 September 1992 atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah ialah seorang pelakon dan model dari Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 28 September 1992 di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor dan berdarah kacukan Melayu (ayah) dan Pakistan (ibu), beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dalam keluarganya.
Pendidikan
Izara mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seafield 3 dan SK Bukit Indah, seterusnya beliau mendapat pendidikan menengahnya di SMK Cochrane dan SMK Seri Hartamas.
Beliau bekelulusan Diploma Seni Persembahan daripada Sunway University College di Bandar Sunway, Selangor.
Kerjaya
Izara merupakan finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 dan telah mendapat tempat kedua. Izara mula dikenali melalui drama Keranamu Laila dalam slot Zehra di TV3, dan popular menerusi drama Vanilla Coklat.
Telefilem
Hantu Gigi (2011)
Selumbar Kasih (2011)
Di Sini Bermula (2011)
Masih Membara Cintaku (2011)

Cikaro (2011)
Pusing Beraya (2011)
Alamak 7 Hari Lagi (2012)
Vanilla Coklat Raya (2012)

Dika Baran (2016)
Cik Siti (2016)
Isteriku, Cikguku (2017)

Kredit : IamKiram 
Sumber: bulletinmedia

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Trending

Search This Blog