ARTIS INDONESIA,

JULIA PEREZ MENINGGAL

June 10, 2017 JAMIL HASHIM 0 Comments


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi dangdut Julia Perez, 37, atau lebih dikenali sebagai Jupe meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta, Indonesia pada Sabtu.

Julia Perez meninggal dunia


Perkara tersebut disahkan pengurusnya, Mario Markoneng ketika dihubungi media Kompas.com.

"Iya, (beliau) benar meninggal," katanya kepada media tersebut.
Julia atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati sebelum ini dilaporkan menghidap barah serviks sejak tiga tahun lalu.

Julia yang pernah muncul dalam filem "Suami-Suami Takut Istri" pernah memberitahu yang gejala awal penyakitnya itu sudah dirasakan ketika di satu acara di Bali.

Ketika itu, Julia mengalami pendarahan yang pada mulanya disangkakan normal akibat keletihan. Namun masalah pendarahannya itu berulang dalam tempoh lebih tujuh bulan.


kREDIT : AstroAwani

0 comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"