Kuku makan cekam, cara merawatnya ~ #JMBELOG Kuku makan cekam, cara merawatnya - #JMBELOG

Kuku makan cekam, cara merawatnya

Kuku makan cekam, cara merawatnya / Sudah beberapa hari sakit menahan kesakitan. Nak berjalan pun susah. Berdiri lama-lama pun tak boleh berdenyut-denyut rasa sakit sampai ke tulang rasanya.

Petua JM nak share dari blog :

Petua Pertama
Daun Inai

Mula-mula, ambil segenggam daun inai & tumbuk sampai halus.Lepas tu, balutkan pada ibu jari hampa yang jadi cekam tu.Biar sampai kering, baru lah hampa buangkan inai tu.Kalau tak surut jugak hampa ulang lah 2-3 kali lagi buat macam tu.

Petua Kedua
Keembung Putih

Ambil beberapa helai daun keembung putih & tumbuk sampai halus.Lepas tu balutkan pada jari hampa yang jadi cekam tu.Bungkus pulak balutan tu dengan plastik.1 jam kemudian, baru lah hampa bukak bungkusan & balutan tadi tu.Teruslah buat petua ni sampailah cekam hampa tu sembuh.

Petua Ketiga
Kantan

Ambil umbuk kantan 1 batang, tumbuk & bakar.Lepas tu balutkan pada jari hampa yang jadi cekam tu.Biar sampai kering, baru lah hampa buangkan umbuk tu.Ulang buat sampai cekam tu surut.

Langkah terakhir yang hampa boleh cuba, hampa p cari kat farmasi ubat ni:
Ni ubat cecair, senang sebab cecair ni boleh serap secara lebih menyeluruh dekat kuku & ibu jari hampa.Bila nak sapu ubat ni, pastikan  hampa lap bersih dulu ibu jari hampa.Titiskan ja ubat tu, kat ibu jari yang cekam tu.Kalau boleh jangan lah bagi kena air untuk berapa jam.Alhamdulillah, cekam akan surut & tak rasa sakit dah.

Cara Potong Kuku Cekam:
Bila terkena apa-apa, kita rasa sakit tu, tu tanda nak kena potong kuku cekam lah.So, kita rendam kaki sampai kuku tu lembut.Tak pun kita potong kuku lepas kita mandi.Pastu sepit kuku bila dah nak sampai hujung tu, aku akan sepit kuku tu, jangan sampai putus.Koyakkan ke dalam cekam tu.

Bila kuku kena cekam, jangan dedahkan ibu jari yang kena cekam tu pada kotoran.Contoh macam habuk, pasir.Lepas tu jangan bagi kena air selalu, nanti kalau masuk air celah kuku yang kena cekam tu, dia akan bernanah.Makin tambah sakit lah.Bila dah sembuh, elakkan pakai kasut dengan kaki yang basah & elakkan kasut yang sempit.Jangan potong kuku bentuk U tapi potong bentuk pahat.Bahagian tepi kiri kanan di bulatkan sikit.

No comments:

History