Lintasan pejalan kaki yang bersenikan teknik 3D ~ #JMBELOG Lintasan pejalan kaki yang bersenikan teknik 3D | #JMBELOG
Comments

Lintasan pejalan kaki yang bersenikan teknik 3D

Posted by at June 06, 2017 Read our previous post
Lintasan pejalan kaki ‘terapung’ di Terengganu curi perhatian rakyat Malaysia untuk ke sana!

Lintasan pejalan kaki yang bersenikan teknik 3D / Kini, ada tarikan terbaru di Terengganu yang membuatkan ramai ingin ke sana untuk menangkap gambar dan muat naik di media sosial!
Tarikan tersebut merupakan lintasan pejalan kaki yang bersenikan teknik 3D!
Hasil seni jalanan ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus sebagai langkah untuk mempromosikan pelancongan di Terengganu.
Laluan zebra tersebut terletak di Dapo Pata (Uptown Kontena) di Gong Badak, Kuala Nerus yang merupakan salah satu tarikan terbaru di negeri tersebut. Jadi, jika anda inginkan gambar sempurna seperti album ikonik The Beatles, inilah destinasi yang wajib yang tuju!
Hasilnya sangat mempesonakan dan berjaya menarik ramai orang untuk melihat sendiri seni kreatif jalanan tersebut.
Hasil karya yang hebat ini dihasilkan oleh pelukis tempatan, Hatta Hashim.
Artis berbakat ini telah berusaha sebaik mungkin dalam menghasilkan karya sempurna supaya ianya menjadi tarikan hebat oleh para pengunjung ke kawasan itu.
Lihat sendiri bagaimana Hatta mentranformasikan jalan raya kecil yang biasa kepada seni 3D yang mengagumkan.
Kredit : EraBaru

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

© #JMBELOG is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template