Tukang rasa makanan Hitler bongkar kisah sebenar

Wanita yang berkhidmat sebagai tukang rasa makanan Hitler bongkar kisah sebenar
Margot Woelk membongkarkan semua kisah semasa dia berkhidmat sebagai tukang rasa makanan untuk Adolf Hitler dalam sebuah dokumentari di Jerman.
Woelk yang kini berusia 99 tahun dipaksa untuk bekerja di bawah pemimpin Nazi itu. Semasa dia berusia 25 tahun, tugasnya adalah untuk merasa makanan Hitler bagi memastikan sekiranya ia diracun.
Kredit: news.com
Woelk merupakan antara 15 orang wanita yang direkrut bagi tugas itu.
Woelk mulanya berat untuk menceritakan hal sebenar tetapi dia akhirnya menceritakan bagaimana Hitler merupakan seorang vegetarian. Malah, dia hanya makan nasi, pasta, kekacang dan kubis bunga.
Kredit: news.com
Menceritakan bagaimana takutnya mereka ketika itu, mereka akan menangis dengan perasaan bersyukur kerana masih hidup. Mereka dipaksa untuk makan semua makanan itu dan tunggu selama sejam. Selepas sejam sekiranya mereka tidak menunjukkan kesan seperti diracun, mereka akan menangis lega.
Woelk dipaksa untuk menerima pekerjaan itu selepas melarikan diri daripada Berlin. Dia tinggal bersama mertuanya selepas suaminya terpaksa pergi berperang. Berdekatan dengan rumah mertuanya ialah markas Hitler yang dikenali sebagai Wolfs Lair.
Kredit: br
Pihak tentera memaksanya untuk bekerja kerana dia mempunyai baka Jerman yang kuat. Dia diberitahu bahawa dia akan dibayar sebanyak 300 Reichmarks.
Woelk berkata dia merasakan dirinya seperti bahan uji kaji. Namun, dia sedar bahawa dia perlu sentiasa beralah dengan pihak tentera.
Kredit: news.com
Meskipun berbahaya, makanan yang dirasai oleh Woelk semuanya sedap dan segar belaka. Ianya sangat berbeza daripada makanan catuan yang terpaksa dimakan oleh rakyat biasa sebelum ini.
Kredit: coktail93
Woelk tidak pernah berjumpa Hitler secara peribadi tetapi pernah melihat kelibatnya sekali sekala. Wanita yang bertugas sebagai tukang rasa dijaga dengan ketat namun pada suatu hari, Woelk menjadi mangsa rogol oleh salah seorang pegawai tentera.
Namun, salah seorang pegawai yang lain telah berjaya menyelamatkannya sebelum situasi di Jerman bertambah parah selepas kemasukan Red Army. Woelk telah melarikan diri dengan kereta api yang dinaiki Josef Goebbels yang merupakan menteri propaganda Jerman ke Berlin.
Namun, pihak tentera terus mencarinya. Dia gagal untuk menyembunyikan diri dan apabila Red Army menuju ke Berlin, dia telah ditangkap dan diperkosa.
Kredit: news.com
Woelk berkata, dia dikurung selama 14 hari dan diperkosa. Selepas itu, dia tidak mampu untuk melahirkan anak meskipun dia ingin hidup berkeluarga bersama suaminya.
Walau bagaimanapun, Woelk masih dikira antara yang bernasib baik kerana terus hidup hingga kini. 14 wanita lain yang bertugas sebagai tukang rasa telah ditembak mati oleh Red Army.
Woelk juga berjumpa semula dengan suaminya pada tahun 1946. Suaminya telah ditahan selama 2 tahun. Mereka akhirnya hidup bersama semula selama 45 tahun sebelum suaminya meninggal dunia.
Kredit : Era Baru
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
0 Comments

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers