Apa itu SLIP DICS ?

Kali pertama JM tengok perkataan SLIP DISC ini. Itu pun melalui entri CikYana. (Mungkin JM kurang membaca agaknya)

Sakit Belakang tanda Utama Slip Disc (kredit : Healthy Vita Garden)


Pernahkan anda merasa sakit belakang yang melampau? Menurut kajian 80% orang dewasa pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kebanyakan nya disebabkan oleh aktiviti harian yang lazim dilakukan tetapi dengan cara yang salah.  Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki menjadi kejang dan ketika itu tiada apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kesakitan.
Sebelum itu,mari  kita mengenal struktur tulang belakang kita. Tulang belakang manusia terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘Disc’. Disc ini berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ini stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang.
Herniated_Disc-1
Keadaan Disc yang terbonjol
Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang  terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc).
Heniated
Pelbagai Masalah Berkaitan Disc

Apakah Punca Berlaku Slipped Disc?

Proses penuaan antara punca berlakunya Slipped Disc di mana ligament yang memegang disc itu menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc itu pecah.
sd1
Namun begitu, aktiviti harian yang dilakukan dengan cara yang salah juga mampu menyumbang kepada risiko slipped disc antaranya:
1. Membongkok terlalu lama
2. Mengangkat beban yang terlalu berat
3. cara mengangkat beban yang salah
4. duduk atau baring dalam posture badan yang salah
5. Kecederaan ketika bersukan (cth: mengangkat berat di gym)

 Tanda-tanda  Slipped Disc

disc 1
Radang Bahagian Bawah Belakang
–  Sakit yang melampau dan tiba-tiba. Biasanya berlaku di bahagian bawah belakang dan juga boleh berlaku di bahu serta tengkuk.
 Sakit di bahagian bawah belakang boleh menyebabkan sakit menyucuk-nyucuk di bahagian kaki dan tapak kaki. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh melarat dan menyebabkan lumpuh.

Cara Mencegah Berlakunya Slip Disc

  1. Mengaja berat badan ideal. berat badan yang berlebihan member bebanan yang lebih kepada tulang belakang
  2. Berhenti merokok. Nikotin dalam rokok adalah toksik kepada disc. Ia menghalang disc mengekalkan sifat elastiknya kerana toksik menghalang penyerapan nutrient
  3. Amalkan Posture badan yang betul.
lifting
postures-1
sittingposture-1

Kaedah Rawatan Slip Disc

1. Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
2. Steroid – suntikan steroid dapat menguankan oto belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
3.Fisioterapi –  Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
4. Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang

 Namun begitu, gejala Slipped Disc mampu berulang.

Semoga perkongsian ini menjadi manfaat untuk kita semua. 
loading...

Share this :

Previous
Next Post »
1 Comments
avatar

baru tahu juga pasal benda nie..

Reply

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Followers