Apa itu XOXO ? ~ #JMBELOG Apa itu XOXO ? - #JMBELOG

Friday, 28 July 2017

Apa itu XOXO ?

Apa itu XOXO ?
Apa itu XOXO / Kita selalu nampak kan orang tweet XOXO atau taip XOXO di hujung kad ucapan sebelum disusuli nama, tapi tahukah anda apa itu XOXO.
XOXO = Hugs and kisses = Peluk & Cium
Kiranya XOXO tu simbolik ucapan sayang kepada orang yang tersayang.
O = Peluk
X = Cium

Kenapa O tu bermakna peluk? Ini kerana bentuk O nampak seperti dua orang yang berpeluk jika dilihat dari atas.

X tu pula nampak seperti dua mulut yang bertemu antara satu sama lain.

Contoh penggunaan XOXO macam tweet dari Nora Danish di bawah ni.

Kredit : Blog Carca Marba

XOXO, MAKSUD DAN SEJARAHNYA



XOXO merupakan ungkapan perkattan yang bermaksud "Hugs and Kisses" mungkin korang pernah dengar ataupun tahu makna perkataan macam tu...tapi aku tak tahu..haha..serius...aku banyak kali tengok orang guna perkataan xoxo tapi tak pernah ambil tahu...hari nie terdetik pulak nak tahu makna disebalik maksud xoxo..so, aku pun google laa...

nie aku share sedikit info bagi sapa2 yang nak tahu lebih mendalam tentang makna perkataan XOXO...

XOXO biasanya digunakan ketika  bersms,e-mel mahupun surat untuk menunjuk perasaan gembira kita ataupun mengekspreasikan sebagai tanda persahabatan kepada si penerima.Sejarah awal penggunaannya berlaku  sekitar tahun 1901 yang diakui oleh English Oxford Dictionary dimana pada tahun tersebut bermulanya perletakan  tanda XXX dibawah surat sebagai tanda ciuman yang menggantikan tanda tangan kepada mereka yang tidak pandai menulis.Itulah sejarah tentang “X”.Ada juga yang berpendapat,X merupakan huruf yang merujuk kepada Salib yang juga selaku huruf pertama tulisan Yunani/Greek untuk Christ, Xristos.

Berkenaan sejarah tentang “O” pula,tidak banyak yang dapat dicungkil mengenainya.Kebiasaannya huruf “O” ini digunakan oleh masyarakat Amerika Utara yang membawa maksud pelukan terhadap orang lain.

Kesimpulannya disini
—>Ciuman
—>Pelukan terhadap orang lain.
XOXO —>Ciuman dan Pelukan
Ada juga yang berpendapat “X” dan “O” bermaksud sebaliknya pula dimana “X” bermaksud pelukan dan “O” bermaksud ciuman.Namun yang pasti,keterangan diatas merupakan maklumat yang diterima oleh semua orang.

Fakta Yang Menarik:

Diawal penggunaan huruf ini sebagai penganti tandatangan dimana ketika itu populariti orang buta huruf tinggi ,orang Yahudi lebih cenderong untuk  menggunakan “O” sebagai tanda ciuman berbanding orang Kristian yang menggunakan tanda “X” .Ini kerana orang Yahudi berpendapat yang tanda “X” itu lebih menyerupai salib berbanding “O” yang lebih kelihatan seperti ciuman.Bagi kita pula,terpulanglah kepada anda semua sama ada ingin menggunakannya atau tidak kerana bagi PKE ,itu hanya sejarah.XOXO maksudnya Hugs and Kisses…
Kredit : Spring Karat






No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Trending