Emas dunia untuk Malaysia - Jun Hoong ~ #JMBELOG Emas dunia untuk Malaysia - Jun Hoong - #JMBELOG

Emas dunia untuk Malaysia - Jun Hoong



Emas dunia untuk Malaysia - Jun Hoong / Atlet negara, Cheong Jun Hoong mencipta kejutan dengan meraih pingat emas dalam acara 10m platform wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA 2017 di Budapest, Hungary, awal hari ini. (20 Julai 2017)
Kejayaan itu sekali gus menjadi sejarah baru buat Malaysia dalam acara tersebut.
Lebih mengejut, atlet berusia 27 tahun itu menewaskan atlet dari China yang juga peserta pilihan kejohanan.
Jun Hoong meraih 397.5 mata mendahului dua wakil China iaitu Si Yajie di tempat kedua (396 mata) dan Ren Qian ketiga (391.95 mata).
Sementara itu, Facebook kejohanan tersebut dalam satu kenyataan berkata, kejayaan Jun Hoong satu kejutan besar dengan mengalahkan atlet China.
"Kita boleh jangka Malaysia menaiki podium seperti dilakukan Pandelela Rinong pada tahun 2015 di Kazan dengan meraih pingat gangsa.
"Tetapi malam ini, rakan senegaranya meraih emas buat julung kalinya untuk Malaysia," kata kenyataan itu.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Pandelela bagi acara itu selepas berada pada kedudukan kesembilan. - MalaysiaKini

2 comments:

  1. Congratz! Many Malaysian would be so proud of her! Her jump is so nice.

    ReplyDelete
  2. Super proud of this! Glad Malaysia is on a good start :D

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Labels

Total Pageviews

Powered by Blogger.