Imam Bukhari ~ #JMBELOG Imam Bukhari - #JMBELOG

Imam Bukhari

siapakahimambukhari

Siapa Imam Bukhari? /Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama sesudah al-Quran.

Imam Bukhari lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 Hijrah. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al- Bukhari Al-Ju’fi. Beliau digelar Al-Imam Al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al-Imam Al-Bukhari.

Datuk beliau, Al-Mughirah, asalnya beragama Majusi (Zoroaster), kemudian memeluk Islam menerusi perantaraan Gabenor Bukhara yang bernama Al-Yaman Al-Ju’fi. Manakala ayah beliau, Ismail bin Al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu, sempat mendengar kehebatan Al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah bersalaman dengan Abdullah bin Al-Mubarak.

Sewaktu kecil Al-Bukhari buta kedua-dua matanya. Pada suatu malam ibunya bermimpi melihat Nabi Ibrahim yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang dimaksudkan adalah ibu Al-Imam Al-Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua-dua mata puteramu kerana  selalu berdoa”. Ternyata pada pagi harinya si ibu menyaksikan bahawa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua-dua belah mata puteranya itu.

Ketika berusia sepuluh tahun, Al-Bukhari mula menuntut ilmu. beliau mengembara ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam. Di antara gurunya yang sangat terkenal adalah Abu ‘Ashim An-Nabiil, Al Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu Al Mughirah, ‘Abdan bin ‘Utsman, ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin Al Fadhl, Abdurrahman bin Hammad Asy-Syu’aisi, Muhammad bin ‘Ar’arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin Al Muhabbir, ‘Abdullah bin Raja’, Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqri’, Khallad bin Yahya, Abdul ‘Azizi Al Uwaisi, Abu Al Yaman, ‘Ali bin Al Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nu’aim bin Hammad, Al Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet imam dan ulama ahlul hadis lainnya.

Murid-murid beliau tidak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal ialah Al-Imam Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi, penyusun kitab Sahih Muslim.

Al-Bukhari sangat terkenal dengan kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, “Saya hafal seratus ribu hadis sahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadis yang tidak sahih”. Pada kesempatan yang lain beliau berkata, “Setiap hadis yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya.”

Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim Al-Warraaq, “Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadis yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya: kitab Sahih Bukhari)?” Beliau menjawab, ”Semua hadis yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya.”
makamimambukhari
Makam Imam Al-Bukhari
Anugerah Allah kepada Al-Bukhari berupa ketokohan di bidang hadis telah mencapai puncaknya. Tidak menghairankan jika para ulama dan para imam yang sezaman dengannya memberikan pujian kepada beliau. Berikut ini adalah sederet pujian termaksud:

Muhammad bin Abi Hatim berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah (Al-Imam Al-Bukhari) berkata, “Para sahabat ‘Amr bin ‘Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadis. Saya katakan kepada mereka, “Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadis tersebut”. Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju ‘Amr. Lalu mereka menceritakan peristiwa itu kepada ‘Amr. ‘Amr berkata kepada mereka, “Hadis yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadis”.

Al-Imam Al-Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadis, iaitu kitab beliau yang diberi judul Al-Jami’ atau disebut juga Ash-Shahih atau Sahih Al-Bukhari. Para ulama mengatakan bahawa kitab Sahih Al-Bukhari ini merupakan kitab yang paling sahih sesudah kitab suci al-Quran.

Ketakwaan dan kesolehan Al-Bukhari merupakan sisi lain yang tidak perlu dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan kesolehan beliau agar dapat dijadikan teladan.

Abu Bakar bin Munir berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah Al-Bukhari berkata, “Saya berharap bahawa ketika saya berjumpa Allah, saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (mencela orang lain)”.

Abdullah bin Sa’id bin Ja’far berkata, “Saya mendengar para ulama di Basrah mengatakan, “Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal ma’rifah (keilmuan) dan kesolehan”.

Sulaim berkata, “Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, lebih warak (takwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail.”

Al Firabri berkata, “Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidur saya”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, “Engkau hendak menuju ke mana?” Saya menjawab, “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail Al-Bukhari”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”

Al-Imam Al-Bukhari meninggal pada malam Aidilfitri tahun 256 Hijrah ketika beliau mencapai usia 62 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand, Uzbekistan.

Sumber : Ummatanwasatan.net
Gambar Kredit to : maptam.blogspot.com

No comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Labels

AGAMA AKU AL-QUR'AN AL-QUR'AN DAN TERJEMAHAN ALEXA ARTIS BABBLE BLOG CATEGORY DRAMA FACEBOOK FIKIRKANLAH FILEM PENDEK FOLLOW FORD FREE FRIDAY FURSAN GADIS AIR MINERAL GADIS BIMBO GAJI GAMBAR GAMBARAN SYURGA GAMMA 1 GARAM GELARAN ADIK BERADIK GENIUS GIF GIF FACEBOOK COMMENTS GIPHY GLITTER GOOGLE GOSSIP GURU TAMPAR MURID HADIAH MISTERI HADIS HAFIZ & ADIRA HAFIZ SUIP HAMIL 4 BULAN HARAPAN HARGA DIRI HARGA MINYAk NAIK HARGA TURUN HARGAI HARI RAYA 2017 HARI TERAKHIR SEORANG BANDUAN HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S HATI HIBURAN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU HIKMAH HINDUSTANT HUJAN HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN HUKUM MEMOTONG RAMBUT HUTANG IBU IBU MUDA IDEA IKHLAS MERINDU IKLAN IKLAN RAYA IKLAN TM ILMIAH ILMU IMAM BUKHARI IMAN IMAN FARRAR INCOME INDIA INDRA AL FIRDAUS INFO INFORMASI INGATAN INSTAGRAM INSURANS INTERNET IQ TINGGI IRI HATI ISLAM IZARA AISHAH JAGALAH SOLAT JALAN TAR JALAN UTAMA SUNGAI ULAR DITUTUP MULAI 4 DISEMBER JANA PENDAPATAN JANGAN MAIN TELEFON DALAM MASJID JANGAN MENGHUKUM ORANG LAIN JAWATAN KOSONG JAWATAN KOSONG KERAJAAN DAN SWASTA 2017-2018 JERITAN BATINKU JOGET ABAH JPJ JUALAN CUTI SEKOLAH JUARA LAGU 1990 JUMAAT KAD KISS KAD RAYA KAD RAYA ANIMASI KAIN TELEKUNG LAMBANG KRISTIAN KAJIAN KALENDER 2018 KAMU KAMUS BAHASA MELAYU KAMUS PELAJAR EDISI KEDUA KARTUN KARTUNIS KASIH KASIH LEBARAN KASIH PADAMU KASIH SAYANG KEAJAIBAN ALAM KEBAHAGIAAN KEBAKARAN KEBERSIHAN KEBESARAN ALLAH KEDAI KAIN RAKYAT 1MALAYSIA KEHIDUPAN KEINSAFAN DIRI KEK KEK BATIK KEK COKLAT KEK MILO VIRAL KEK OREN KELUARGA KEMATIAN KEMBALI KEMBAR 9 KEMBAR 9 MENINGGAL KENANGAN MANIS ROCK KAPAK KENDERAAN KERAJAAN KERJA KOSONG RESEPI KESIHATAN KETENANGAN KFC KHAMIS KHUSNUL KHOTIMAH KILAT KISAH KISAH NABI KISAH RM1 DAN RM100 KLIK DENGAN BIJAK KOLEKSI LAGU RAYA KLASIK KPDNKK KREATIF KU RELAKAN DIKAU PERGI KUALA LUMPUR 2017 KUASA ILAHI KUCING KUCING BIJAK KUCING HAMIL KUCING PINTAR KUCING SARAT HAMIL PERGIKLINIK SENDIRI KUIH KULIM KUMPULAN MUTIARA LABEL LACTEATKIES COOKIES PROMOTION LAGU LAGU IBU LAGU LAMA LAGU RAYA LARANGAN WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR LARIS LAWAK LAYU DI HUJUNG MEKAR LELAKI LESEN LIRIK LAGU LISTERINE LIVE LOMPAT JAUH LOVE LOVE OF MY LIFE LUAR NEGARA LUKISAN MAHER ZAIN MAHRAM MAK CIK PENJUAL REBUNG MAKANAN MAKLUMAT KATA MAKSUD XOXO MALAM LAILATUL QADAR MALAYSIA MAN KHAN MANJO MANUSIA MUDAH LUPA MASAKAN MAXIS MAXIS ONE PRIME MELAMAR RINDU MELAYU MELLY GOESLAW MENARA GRENFELL LONDON MENARA GRENFELL LONDON TERBAKAR MENCARI SESUAP NASI MENGANDUNG 9 BULAN MERAJUK MERAYU MIMPI BASAH MINYAK MISHA OMAR MISTERI MOHAWK MOHD ZAKI YAMANI AZMAN MONDAY MONOLOQUE MOTIVASI MOTOSIKAL BERPAYUNG MRSM MUDAHNYA KAU BERUBAH MUHAMMAD ZIYAD ZOLKEFLI MUNGKIN MUSLIM MENJADI PENYELAMAT MUTIARA MUZIK MUZIK 32 MyEG NABI NABI MUHAMMAD SAW NAJIS MANUSIA NAJWA LATIF NASA NASI GORENG NASIHAT NERAKA NILAI NILAI DIRI NOAH NOSTALGIA NOTA HATI NOVEL ONLINE NOVELIS NOVEMBER NUFFNANG OCTOBER OKAY OKID OMBAK RINDU OPAH DOT COM OPICK OST TITIAN KASIH P.RAMLEE PAGEVIEW PAKEJ UMRAH PANTUN PEARL PEKERJAAN PELABURAN MARA PELAJAR CEMERLANG PELAKON PELENGKAP HIDUPKU PELIK PELUANG PEKERJAAN PELUANG PENDAPATAN PELUKIS PEMENANG CLEVER GIRL 2017 PEMENANG SEGMEN PENDIDIKAN PENGAJARAN PENGAJARAN BUAT IBU BAPA PENGETAHUAN PENGHABISAN STOK PENGHUNI LANGIT PERTAMA HINGGA KE TUJUH PENGOMEN TEGAR BULANAN PENGORBANAN PENJAGAAN RAMBUT PENULIS PENULIS HAROKAT DAN TITIK PADA MUSHAF AL -QURAN PENYANYI PERASAAN PERINGATAN PERJUANG KANSER PERKAHWINAN PERKAHWINAN TAUKE JAMBU PERKONGSIAN PERNIAGAAN ONLINE PERSAHABATAN PERTAMA KALI DI AIDILFITRI PESAKIT MISTERI PESAN IBU PESAWAT PESTA PESTA ORKID DAN FLORA - BMC VENTURE PETROL PETUA PHOTOGRAPHY PIDM PILIHAN PILIHAN PEMBACA PING POKET KOSONG POKOK SENA TASIK GELUGUR POLIGAMI POPULAR POST POSITIF POTONGAN KERTAS POTRET PROMOSI PUASA PUASA SUNAT SYAWAL PUTAR DAN KETAHUI PUTERA BAND QADHA PUASA RAMADHAN QUEEN RABITHAH RABU RADIO RAGAM RAHSIA HAFAZAN DR ZAKIR NAIK. DR ZAKIR NAIK RAHSIA SOLAT RAHSIA SUJUD RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT RAISHA RAMADHAN RAMLEE AWANG MURSHID RASA RASULULLAH RASULULLAH MELARANG POTONGAN RAMBUT SEPERTI INI RAWAT BUASIR RAYA RAYA DI TEMPAT KERJA REAL SPIN REBUNG RECENT POSTS RESEPI RESTU RAMADHAN REVIEW BLOG REZEKI RIBUT RINTIHAN RINDU RIO RM1 ROH JASAD BERPISAH ROH KEMBALI ROYAL RUMAH MEWAH SABAH SABAHAN BLOGGER SABTU SAHABAT SAKIT BELAKANG SAKIT TENGKUK SALONPAS SALT SAMAN SAMPAI LANGIT SANTAI SAPS SATAY SATAY AYAM GORENG SATURDAY SAYANG SEBENARNYA.MY SEDEKAH SEDIH SEGMEN SEGMEN TAMAT SEJADAH PANJANG SEJARAH PUASA SEKOLAH SELAGI ADA WAKTU SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2017 SELANGOR SELEBRITI SELFIE SELFISH SELUAR JEANS MAHAL SEMAKIN RINDU SEMANGAT YANG HILANG SEMASA SEO SEPARUH AKHIR SEMI FINAL MUZIK MUZIK 32 SEPI SEPTEMBER SEPULUH MALAM TERAKHIR SERAM SIAPA IMAM BUKHARI SIAPAKAH SEBENAR P. RAMLEE SIFAT 20 SINAR FM SINOPSIS SISTEM GURU ONLINE SISTEM KOMUNIKASI MALAYSIA SITEMAP SITI NOOR RADIAH ISMAIL SITI NORDIANA SITI NURHALIZA SLIP DISC SMS SMULE SOFEA SOLAT SOLAT SUBUH STORY SUFIAN SUHAIMI SUKA DUKA SUKAN SUKAN PARALIMPIK DI RIO DE JANEIRO SUKAN SEA 2017 SUKATAN SUKATAN BAHAN-BAHAN SUKATAN MAKANAN SULTAN SULTAN KEDAH YANG BARU SUMBER SUMPAH CINTAKU SUNGGUH MENCINTA SUNNAH SUNNAH NABI SUNNAH RAMADHAN SURAH AD-DHUHA SURAH AL-BAQARAH SURAH AL-IKHLAS SURAH AL-MUMTAHANAH SURAH AN-NISA SURAH AN-NUR SURAH MUHAMMAD SWASTA SWIFT CODE SYAABAN SYAFA WANI SYAWAL SYUKUR SYURGA SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU TAB MANDI TAFSIR MIMPI TAJUL TAKBUR SEORANG ISTERI TAKKAN PIASH TAMAN RASYIDAH UTAMA TAN SRI TENKU SALLEHUDDIN TANDA DAHI HITAM TANDA PENYAKIT TAPAK TANGAN TARIKH BAIK TASIK MISTERI TAUFAN TAYAMUM TAYAR TAZKIRAH TEKNOLOGI TELEFILEM TEMPAT KERJA TEMPLATE TEMUDUGA TERBUKA TERKINI TERSENTUH HATI TERSIKSA TERUS MENCINTAI TERUS MENCINTAIMU THOMAS ARYA THURSDAY TINGGI BERAT BADAN IDEAL TIPS TNB TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA TONTON TOP TEN TRANSIT TERAKHIR TRAVEL TUESDAY TUJUH LAPISAN LANGIT TUTORIAL TV3 TV9 UBAT UCAPAN UCING KADAYAN UMMI UMRAH UPIN & IPIN UPSR 2017 USAH MERUNGUT USTAZ AZHAR IDRUS USTAZ DON DANIYAL USTAZ SYAMSUL DEBAT VICK VAPORUB VIDEO WAJAH BLOG WALI BAND WANI HASRITA WANITA WANITA DAN SWAFOTO WANNS AHMAD WASILAH KASIH WEBE WEDNESDAY WHATSAPP WHATSAPP GROUP WHATSAPP TAK PERLU SAVE NO TELEFON WINGS WOMEN WORLD WOWAPP XOXO YAZID AZAHAM YOUTUBE ZIKIR ZULHIJJAH 1438

About Me

My photo