Ini Sebab Mengapa Usain Bolt Boleh Menjadi Manusia Terpantas Di Bumi. ~ #JMBELOG Ini Sebab Mengapa Usain Bolt Boleh Menjadi Manusia Terpantas Di Bumi. - #JMBELOG

Reading List

Ini Sebab Mengapa Usain Bolt Boleh Menjadi Manusia Terpantas Di Bumi.

usain 167
Ini Sebab Mengapa Usain Bolt Boleh Menjadi Manusia Terpantas Di Bumi.
936879 orig 519
Manusia terpantas di dunia ini adalah pemegang rekod dunia dalam acara balapan 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter. iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 8 fakta mengenai Usain Bolt yang anda mungkin tak pernah tahu.

1. Bermula dengan sukan kriket

usain bolt kriket 165
Manusia terpantas di bumi ini sebenarnya tidak berasal dari sukan balapan, tetapi sukan kriket! Ketika Usain Bolt di zaman kanak-kanak, beliau gemar bermain kriket dan juga bola sepak. Pilihan pertama baginya adalah kriket. Ketika di sekolah menengah, jurulatih kriket beliau menyedari akan kepantasannya dan mencadangkan supaya beliau mencuba sukan balapan.
Bekas atlet pecut Olimpik, Pablo McNeil dan Dwayne Jarret telah melatih Usain Bolt dan menasihatinya supaya fokus untuk memperbaiki kebolehannya. Ketika berusia 15 tahun, Usain Bolt beraya memenangi perlumbaan pertamanya pada tahun 2001 dalam sukan tahunan sekolah dengan mendapat pingat perak dalam 200 meter dengan catatan masa 22.04 saat.

2. Pendapatan RM98.6 juta setahun

usain bolt hublot 556
Lumayan juga sebenarnya menjadi manusia terpantas di dunia, tapi bukan datang bergolek. Usain Bolt berada di tangga 45 dalam senarai atlet yang paling berpendapatan tinggi di dunia. Pendapatan Usain Bolt boleh mencapai sebanyak ini disebabkan beliau adalah antara atlet banyak menjadi duta dan muka jenama-jenama terkemuka seperti Puma, Virgin Media, Nissan Motors, Visa, Hublot dan Gatorade. Selain itu, pendapatan beliau datang daripada hadiah kemenangan dan juga bonus daripada kerajaan.


3. Mempunyai aplikasi Apple sendiri

aplikasi bolt 219
Wah! Siap ada aplikasi sendiri. Aplikasi yang dihasilkan oleh syarikat permainan telefon pintar, RockLive ini dilancarkan pada tahun 2012 yang diberi nama "Bolt!". Aplikasi ini dengan pantas menjadi aplikasi nombor satu di Jamaica. Aplikasi ini juga berada di tangga ke-2 di United Kingdom dalam kategori aplikasi percuma

4. Mempunyai restoran di Jamaica

restoran usain bolt
Dengan nama yang agak unik, "Usain Bolt’s Tracks and Records", ia agak popular di Jamaica. Restoran milik Usain Bolt ini berusaha untuk membawa pembaharuan dalam restoran makanan kasual. Ia menawarkan menu fusion Jamaica, beberapa bar dan lounge, tempat duduk yang berteknologi tinggi, kedai yang menjual produk eksklufif Brand Bold, televisyen 45 inci untuk menonton acara sukan.

5. Makan nugget ayam sebelum acara 100 meter

usain bolt nugget
Setiap atlet biasanya mempunyai rutin sebelum bertanding dalam acara masing-masing. Rutin-rutin ini biasanya dilakukan bagi menenangkan otak mereka disamping memberikan fokus kepada mereka. Ada yang mendengar lagu, ada juga yang bermain permainan video.
Tetapi, bagi manusia terpantas di dunia ini, apa yang dilakukan olehnya adalah makan nugget ayam! Agak pelik, tapi sebelum masuk bertanding dalam acara 100 meter di sukan Olimpik 2008 di Beijing, beliau makan nugget dan keladi. Usain Bolt memberitahu bahawa ketika sukan Olimpik Beijing berlangsung, beliau telah makan 1,000 biji nugget! Gila nugget betul.

6. Pecah rekod dunia dengan ikatan tali kasut terlerai

tali kasut terlerai
Ketika memenangi pingat emas dalam acara 100 meter di sukan Olimpik di Beijing, tali kasut Usain Bolt terlerai. Ia berlaku ketika beliau sedang memecut, namun ia tidak menghalang beliau untuk mudah memenangi acara itu. Dan pakar mengatakan beliau boleh mencatatkan masa 0.06 saat lebih pantas jika tidak memperlahankan larian selepas tahu yang pingat emas miliknya.

7. Mencatakan masa kurang dari 9 saat dalam 100 meter

usainbolt1
Rekod 100 meter dipegang Usain Bolt dengan catatan 9.58 saat, namun, masa terpantas yang dicatatkan oleh beliau bagi jarak 100 meter adalah 8.70 saat. Catatan masa ini dibuat oleh beliau ketika acara 4x100 meter lari berganti-ganti di London dengan kuartet Jamaica memperolehi catatan masa 36.84 saat. Memang tak dapat nak disangkal lagi kelajuan beliau.

8. Mempunyai tulang belakang yang bengkok

socliosisDengan segala kehebatan, pencapaian dan rekod yang dicatatkan oleh Usain Bolt, kesemuanya dilakukan dengan mempunyai tulang belakang yang bengkok dan tak normal. Usain Bolt mengalami komplikasi pada tulang belakangnya yang dikenali sebagai Scoliosis.
Ketika beliau masih kecil, masalah ini menghalang kemajuannya dan disedari oleh jurulatihnya. Dengan bantuan jurulatih, Usain Bolt mula meningkatkan kekuatan teras dan juga belakangnya yang akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut.

2 comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Trending

Search This Blog