AKU HIDUP DALAM BLUES,

Perginya seorang penulis "Aku Hidup Dalam Blues"

July 05, 2017 JAMIL HASHIM 0 Comments

Penulis komik terkena "Aku Hidup Dalam Blues" Azzam Supardi meninggal dunia pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital UiTMKUALA LUMPUR 4 Julai 2017 - PenangKini

Dalam catatan terakhir di Facebooknya pada 30 Jun lalu, Azzam menulis coretan yang menyentuh perasaan berbunyi seolah-olah mengetahui permergiannya untuk selama-lamanya:
aku penat.., aku letih.., bantu aku..., tolong aku..., dapatkan kembali tidurku yang hilang... Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17am 30/6/17
Berdasarkan catatan di Facebook beliau, Azzam dimasukkan ke hospital sejak 24 Jun lalu.
Komik "Aku Hidup Dalam Blues" yang amat terkenal pada tahun 90-an hasil kerjasama Azzam yang juga dikenali dengan nama pena Toyon dan pelukis Shaari  Sulong yang dikenali dengan nama Aie.
Aku Hidup Dalam Blues antara komik yang dimuatkan dalam majalah kartun Ujang.
Komik tersebut kemudiaannya dikumpulkan dan diterbitkan menjadi buku.-UTUSAN ONLINE

0 comments:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"