RahsIa Disebalik Gaya Duduk Yang Anda Amalkan ~ #JMBELOG RahsIa Disebalik Gaya Duduk Yang Anda Amalkan - #JMBELOG

RahsIa Disebalik Gaya Duduk Yang Anda Amalkan

Mungkin Anda Belum Tahu! Inilah Rahsia Disebalik Gaya Duduk Yang Anda Amalkan

RahsIa Disebalik Gaya Duduk Yang Anda Amalkan / Sememangnya kita amat ingin mengetahui personaliti seseorang tanpa perlu bertanya kepada mereka kerana dari sini dapat membuktikan bahawa penilaian dan mentaliti kita terhadap sesuatu perkara itu adalah tepat. 

Rumusan personaliti seseorang berdasarkan gaya duduk seseorang ini bukanlah satu perkara yang 100 peratus benar, namun berdasarkan soal-selidik yang dilakukan oleh pakar psykologi, membuktikan bahawa kebarangkalian yang besar inilah sifat-sifat mereka berdasarkan statistik diperolehi. 

Posisi A 
Seorang yang mudah berkomunikasi, mesra dan memiliki karakter yang menarik, kreatif dan kebudak-budakan. Tetapi mereka juga seorang yang suka lepas tangan dalam masalah, sering melibatkan orang lain dengan masalah yang mereka hadapi. Tidak berfikir sebelum bercakap. 

Posisi B 
Seorang yang sentiasa penuh dengan idea yang bagus dan fresh. Mudah diterima oleh orang sekeliling dan tidak suka membazir masa dengan perkara yang negatif. Namun, mereka adakalanya terlalu dihormati atau overrated. 


Posisi C 
Seorang yang sukakan keselesaan, tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir panjang dalam melakukan sesuatu. Namun, hidup mereka agak tidak teratur tapi masih mampu menguruskannya dengan cara mereka sendiri. Mereka sukar memberi tumpuan kerana sering mengembara jauh dalam fikiran sendiri. 

Posisi D 
Seorang yang menepati masa, pintar dan tenang. Tidak suka cari gaduh dengan orang lain, dan jarang menunjukkan emosi sebenar mereka terhadap umum. Golongan ini tidak suka bila ada orang lain bercakap tentang mereka lebih-lebih tentang perkar yang buruk. 

Posisi E 
Seorang yang tidak tergesa-gesa dan sentiasa berfikiran positif terhadap sesuatu perkara. Seorang yang tidak mudah putus asa dalam mencapai matlamat. Adakalanya agak degil. Sering dilihat sebagai seorang yang menjaga penampilan diri, namun sebenarnya kurang keyakinan diri. 

Itulah sedikit sebanyak rumusan tentang sifat-sifat seseorang berdasarkan cara duduk mereka. Jadi adakah anda puas hati dengan cara duduk anda? - MyViralHub

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Live Readers

SEO Reports for belogsjm.blogspot.my

History

Labels

Trending

#JMBELOG|Created BySoraTemplates| Distributed ByGooyaabi Templates