Solat Tahajjud ~ #JMBELOG Solat Tahajjud | #JMBELOG
Comments

Solat Tahajjud

Posted by at July 12, 2017 Read our previous post

Solat Tahajjud merupakan sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam. Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.( tidak terbatas, mulai dari dua rakaat, empat rakaat atau lebih) Cara pelaksanaan solat tahajjud sama dengan cara pelaksanaan solat fardhu, baik gerakan maupun bacaannya. Perbezaannya hanyalah pada niat.

Niat Lafaz niat ialah
أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.

Sebenarnya tidak ada bacaan doa tertentu yang dikerjakan setelah solat tahajjud. 
Diriwayatkan hadith dari Taus mendengar ibnu Abbas (r.a) berkata: Adapun Nabi (s.a.w) ketika berdiri (i.e. bersolat) dari malam bersolat tahajud membaca (atau berdoa): 
'Allahumma lakal hamdu anta qaimus-samawatil-ardi wa-man fihin; wa-lakal-hamdu lakal-mulkus-samawati wal-ardi wa-man fihin; wa-lakal hamdu nurus-samawati wal-ardi; wa-lakal hamdu antal-haqqu wa-wa'dukal-haqqu, wa-liqauka haqqu; wa-qaulukal-haqqu, wal-jannatu haqqun; wan-narau haqqun, wan-nabiyuna haqqun, wa-Muhammadun sallalahu alahi wa-salam haqqun, was-sa'atu haqqun. Allahumma laka aslamtu wa-bika amantu wa-'alaika tawakkaltu, wa-ilaika anabtu, wa-bika khasamtu, wa-ilaka hakamtu, faghfirli ma qaddamtu wa-ma akhartu wa-ma asrartu wa-ma 'alantu; antal muqaddimu wa-antal-muakhiru, lai-ilaha illa anta (au) la-ilaha ghairuka.'

1 comment:

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

© #JMBELOG is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template