Pinggan mangkuk dalam sinki mesti basuh semua bila nak tidur malam ~ #JMBELOG Pinggan mangkuk dalam sinki mesti basuh semua bila nak tidur malam - #JMBELOG

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Saturday, 12 August 2017

Pinggan mangkuk dalam sinki mesti basuh semua bila nak tidur malam


Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki mesti basuh semua bila nak tidur malam.
Sampah dalam rumah bungkus rapat dan buang.

Saya pernah dengar dulu, masa zaman sekolah lagi.

Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pun.

Tapi, tetiba ada yang ingatkan semula.
Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah.
Junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Ruginya selama ni tak buat sungguh-sungguh
Bukan tak basuh pinggan,
Cuma ikut mood,bila rasa lapang baru buat.
Bila disibukkan dengan urusan lain.
Bila dah lewat terkadang tak basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh.
Saya ambil ringan saja.

Bila dah tahu,
Rasa terpukul betul.
Rasa nak putar semula masa.
Macam-macam rasa ada.
Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Allahu, aku tidak sengaja.

Nabi suruh pasti bersebab.
Pasti hikmahnya besar.

Lepas dah tahu,
Sedaya upaya amalkan.
Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas-bekas makan tu basuh juga.

Rupanya betul
Bila dah settle kerja ni,
Lapang dada rasa. 
Nak bergolek pun tak bersalah.
Nak berjimba pun, relek je sebab kerja dah selesai.
Rumah pun rasa lapang saja walaupun susun atur sama saja macam selalu.

Pada satu sudut lain,
Jin pun turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.
Tempat dia nak main tak ada sebab bersih saja rumah kita.

Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang-lubang kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasih-Mu. 
Ampuni daku andai terculas lagi.
Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a'lamin.

#JMBELOG


7 comments:

  1. betul tu JM...sy dh tahu sy mmg cuba untuk pastikan tiada pinggan mangkuk yg terbiar kt dalam sinki walau terkadang tu terbabas ..

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Bila da settle semua benda baru rasa lega nak rehat..

    ReplyDelete
  3. Betul.. Mengantuk macam mana pun selalunya settle kan basuh pinggan dulu. Kalau rumah sepah je ai hold sampai esok..

    ReplyDelete
  4. Teringat dulu nenek selalu cakap basuh semua pinggan dalam sinki. Jangan tinggal nanti malaikat taknak masuk. Time tu buat taktau je..

    ReplyDelete
  5. selain basuh pinggan, mak adelia pon akan suruh kitorang buang sampah (sisa makanan) supaya tak tidur hidup udara kotor walaupun ada sampah sikit je dalam rumah

    ReplyDelete
  6. Insya Allah. Tq atas peringatan. Mama mmg x suka sinki ada barang. Cuma kalau periuk je kdg2 rendang semalaman

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas peringatan.. setuju.. kalau dah bersih semua baru hati tenang.. besok2 xdala kelam kabut nak settlekan..

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

Trending