Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat" ~ #JMBELOG Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat" - #JMBELOG

Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat"

"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat."


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas talian dan mana-mana web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu, lapor NST.

Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna Selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk di atas talian tetapi tidak meletakkan tanda harga barang dijual samaada sengaja atau tidak.

Penggunaan frasa "PM saya, sis", "Done PM" adalah antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga.

Peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvesional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

*Harga perlu dibayar
*Nama penjual atau syarikat
*Nombor Pendaftaran Perniagaan
*Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
*Keterangan produk
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri"

"Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi."

"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat."

"Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan." kata Roslan.

Beliau juga menyatakan sudah lama masa diberikan, sekarang semua peniaga atas talian perlu memaparkan tanda harga.

Roslan menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800.

Kredit : Siakapkeli

5 comments:

  1. betul jugak tindakan ni.. kalau ke kedai pun kita bising takde tanda harga. sama la jugak bila beli online.. hehe

    ReplyDelete
  2. selalu kena,suruh PM kalau nak tahu harga , bila kita dah PM mukadimah ye panjang lebar..last2 mintak kita whatsap dekat dia jugak.,.

    ReplyDelete
  3. betul jugak cara ni , sebab takut scammeryg pm huhu , lagi-lagi yang letak no sendiri tu , nauzubillah min zalik

    ReplyDelete
  4. Harap perlaksanaan berterusan kerana ia baik untuk pengguna & juga online sellers yang rata2 agak "saturated" di laman sosial... sekurangnya online sellers boleh kukuhkan kedudukan mereka dengan bina laman web/blog sendiri menjamin reputasi mereka... tks share.

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Labels

Total Pageviews

Powered by Blogger.