Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain yang orang itu buat kepada kita? ~ #JMBELOG #JMBELOG: Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain yang orang itu buat kepada kita?

Apa jadi kalau kita tak redha atas kesalahan orang lain yang orang itu buat kepada kita?

Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kepada kita?"

Jawapan ustaz ringkas saja, tapi agak menyentap jiwa : 

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah. Jika kita tak redha, tak maafkan orang lain, kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT. Ia akan MELEWATKAN  AMALAN KITA DIHISAB.  Mahu ke?


SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ini dengan orang-orang yang kita tak redha tu. Sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?


Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak.

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti !"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.
Biarlah Allah menghakimi.
Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Kita akan lebih tenang. Inshaa Allah.

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kepada ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH dan SILAP yang SENGAJA atau TIDAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DENGAN SAYA.*

*ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN*

#whatsapp
#jmbelog

1 comment:

  1. "saya minta maaf kerana tidak menjalankan urusan faraid seperti sepatutnya" kata abang kepada adiknya.
    "sebelum ini aku dah peringatkan kpd abang banyak kali tetapi abang tak mahu ikut. bkn saja tak buat tetapi abang palsukan segala dokumen2, saksi2 juga palsu. sehingga kakak mati, adik kita pun dah hilang entah ke mana?. bukan aku nak semua harta benda orang tua kita tetapi peraturan Allah Taala abang ingkar. abang fikir maaf dari aku itu penting??? abang terang2 ingkar hukum Allah. jgn ckp abg jahil, aku dah ingatkan. mak pak sedara kita semua dah ingatkan. aku bkn nak berdendam pd abang tapi biarlah kisah ni menjadi pengajaran pada kita dan semua". balas adiknya

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"