Bukan mudah mencari idea ~ #JMBELOG #JMBELOG: Bukan mudah mencari idea

Bukan mudah mencari idea

Para blogger sering memerah idea untuk memastikan setiap entri yang di tulis, mesti di baca oleh pengunjung nya. Tetapi sampai satu tahap, kamu pasti akan kehilangan idea untuk menulis. Jangan risau itu perkara biasa yang berlaku kepada para blogger.
Di sini aku ingin berkongsi satu lagi cara bagaimana untuk menulis entri yang boleh membawa pengunjung masuk terus ke blog anda hasil dari carian mereka di enjin carian Google atau Yahoo atau BING dan sebagainya.

“Usah terlalu berfikir IDEA anda itu terlalu mudah. “

Pernahkah anda berfikiran seperti di atas?  Sebagai contohnya begini:
1) Daniel ingin membuat satu entri mengenai Laptop yang baru di belinya. Idea yang asal dia ingin membuat satu entri mengenai “Laptop Dell Kini Milik Aku”. Daniel memasukkan keyword-keyword di dalam entri seperti keyboard, wifi, bluetooth dan sebagainya. Tetapi ada pengunjung yang malu untuk bertanyakan akan hal Wifi dan Bluetooth. Mengapa tidak Daniel membuat satu entri “bagaimana setup wifi di laptop dell?”. Bukankan itu satu tajuk yang lebih spesifik dan berpontensi besar untuk menarik pelanggan.
2) Faris amat teruja apabila minum “Teh Tarik”. Lalu satu entri mengenai kisah dia minum teh tarik di warung kegemarannya. Tetapi ada pengunjung yang tidak tahu langsung pasal teh tarik. Nak tanya malu. Mengapa tidak Faris membuat satu entri “Apa itu teh tarik?”. Ia bukan sahaja menjawab soalan pengunjungnya dan memungkinkan entri yang Faris buat ini kurang pesaingnya. Nampak macam mudah, anda mesti berfikir ” ala semua orang tahu”. Anda silap..
3) Kasim amat expert mengenai Microsoft Excel. Dia selalu berkongsi tips mengenai Ms Excel di dalam blognya. Tetapi mungkin ada pengunjung ingin tahu satu perkara yang mudah tetapi malu untuk bertanya. Mengapa tidak Kasim membuat satu entri “Macam mana nak open Ms Excel di komputer”. Nampak simple. Ramai orang tahu. Tetapi harus juga di ingat ada juga orang yang expert di Facebook tetapi masih terkapai-kapai untuk membuka Ms Excel tau.  Percaya atau tidak inilah yang di cari oleh orang ramai di luar sana.
3 senario di atas menunjukkan bahawa idea yang mudah juga mampu menarik traffik ke blog kita. Daripada senario di atas, seakan nampak entri atau idea yang sangat mudah. Kita mungkin berfikir “ala tak kan itu pun tak tau”. Anda silap…..tidak semua orang yang tahu apa yang kita tahu. Tidak semua orang tahu sesuatu perkara secara mendalam. Mungkin dia tahu sikit tetapi tidak mendalam.  Mungkin dia tak tahu banyak tetapi berlagak tahu. Hujung-hujung cari juga di internet. Tak semua orang sanggup belajar pada tahap yang expert. Mungkin ia agak menjengkelkan, tetapi itulah sebenarnya yang akan membawa traffik ke blog kita. Kita kena faham, ada juga orang yang macam ini. Bukan semua orang macam kita kan.
Oleh itu usahlah terlalu tertekan untuk menulis blog. Setiap masa ingin menghasilkan sesuatu entri yang “The Boom!!!”. Hakikatnya pengunjung tidak faham tentang apa yang ditulisnya. Oleh itu penulisan entri mengenai perkara-perkara asas lebih memungkinkan kita mendapat lebih ramai pengunjung. Yang paling penting “Berhenti fikir yang idea anda terlalu mudah”. Ianya terlalu berharga kepada pengunjung anda. - Blog Shaffik
"I AM NOT BLOGGER I JUST BLOGGER"
#TAKCARITAKKANTEMUI
#JMBELOG

1 comment:

  1. Betul tu. Kadang nak update entri mesti terfikir ala benda ni takkan lah orang tak tahu padahal memang ramai je yang tak tahu

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"