Antara Pertanyaan Di Padang Mahsyar ~ #JMBELOG Antara Pertanyaan Di Padang Mahsyar - #JMBELOG

Antara Pertanyaan Di Padang Mahsyar

Antara Pertanyaan Di Padang Mahsyar

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

Dari Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan berganjak pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuhnya untuk apa digunakan." (HR Tirmizi No: 2341)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Pada Hari Kiamat, ketika manusia dibangkitkan serta dihimpunkan di padang mahsyar, mereka akan ditanya tentang beberapa perkara yang telah dilalui semasa di dunia:

1.  Umur setiap seorang kemana mereka habiskan

2.  Ilmu yang diperolehi, adakah diamalkan

3.  Harta yang dimiliki, dari mana dia memperoleh dan kemana dibelanjakan

4.  Tubuh badannya untuk apa digunakan

5.  Cuba kita muhasabah diri:

a.  Adakah umur yang kita miliki, telah digunakan sebaiknya untuk melaksanakan ketaatan dan menjauhi larangan?

b.  Adakah ilmu yang kita pelajari, tentang larangan dan perintah, kita amalkan?

c.  Harta yang kita miliki, adakah dari jalan yang halal dan baik dan adakah kita gunakan sebaik mungkin untuk mencari keredhaan Allah?

d.  Tubuh badan yang sihat dan cergas, kemana kita manfaatkan?

#whatsappgroup
#jmbelog

3 comments:

  1. takut kan bila baca smua ni.. agak agaknya, lepas ke kita dgn ptanyaan smua ni..hmm..

    ReplyDelete
  2. bila fikir semua tu,,, hina nya diri...

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"