Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan Hael Husaini membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, trofi dan baucer beli-belah atas talian, CJ Wow Shop bernilai RM10,000.
Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Faizal Tahir dan Mike Chan menerusi lagu Sejati hasil ciptaaan sepenuhnya oleh mereka dengan memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM35,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000.
Senarai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu yang berlangsung pada hari Ahad, 11 Februari 2018 : (SM)

1. Juara Lagu AJL32: Hael Husaini - Jampi (RM50,000 + Trofi)
2. Tempat Kedua: Faizal Tahir & Caliph Busker - Sejati (RM35,000 + Trofi)
3. Tempat Ketiga: Haqiem Rusli - Tergantung Sepi (RM20,000 + Trofi)
4. Vokal Terbaik: Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta (RM12,000 + Trofi)
5. Persembahan Terbaik: Altimet - Amboi (RM12,000 + Trofi)
6. Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Khai Bahar - Bayang (Trofi)

Kedudukan tempat tiga pula diraih oleh Haqiem Rusli menerusi lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, trofi, baucer CJ Wow Shop RM2,000.
Selain tiga kedudukan utama, penyanyi Syamel dan Ernie Zakri turut dinobatkan sebagai pemilik trofi Vokal Terbaik menerusi lagu Aku Cinta, ciptaan Syamel sepenuhnya menerima hadiah wang tunai RM12,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop RM2,000.
Dalam pada itu, pemenang kategori Persembahan Terbaik disandang oleh Altimet menerusi lagu Amboi ciptaan Navigator dan Altimet dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, trofi, baucer CJ Wow Shop RM2,000 serta telefon pintar Samsung A8.
Bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung, penerimanya dimenangi oleh Khai Bahar sekali gus membawa pulang sebuah trofi bersama telefon pintar Samsung A8+.
Pentas turut dihangatkan oleh persembahan bertenaga daripada ratu tari Malaysia, Stacy bersama Waris selain gabungan penyanyi era 1960-an, Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah.
Pertandingan AJL32 membariskan 12 selebriti popular tanah air dan dihoskan oleh penyanyi serta pelakon popular, Alif Satar bersama Sherry Al-Hadad - KOSMO
* * * * * * *
Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2017. Tema untuk acara tahun ini ialah "Fesyen dan Muzik" yang mana ia berkonsep apabila pemilihan pakaian penyanyi setiap kali AJL berlangsung memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan. Trofi AJL pada musim ini menampilkan kelainan apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.
Lagu "Jampi" nyanyian Hael Husaini (ciptaan beliau dan Ezra Kong) menjadi juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (hadiah RM50,000 + trofi). Lagu "Sejati" daripada Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir dan Mike Chan) dan "Tergantung Sepi" nyanyian Haqiem Rusli (Ibnu dan Gouffran) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Manakala lagu "Aku Cinta" nyanyian Syamel dan Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi) sementara lagu "Amboi" daripada Altimet berjaya memperoleh anugerah Persembahan Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi). (WIKIPEDIA)