Didik Anak Dengan Bertahap ~ #JMBELOG Didik Anak Dengan Bertahap - #JMBELOG

Didik Anak Dengan Bertahap

Didik Anak Dengan Bertahap

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dari tempat tidurnya. (HR Abu Daud No: 418)  Status” Hassan Sahih

Pengajaran:

1.  Anak merupakan amanah kepada ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh, bukan hanya menyediakan keperluan fizikal seperti makan minum, malah pendidikan agama yang sempurna.

2.  Tugas mendidik, membimbing dan memberi galakan kepada anak-anak hendaklah dilakukan berulang kali dan berterusan sebelum menggunakan kaedah menghukum dan mendenda.

3.  Perintahkanlah anak-anak untuk melaksanakan ibadat solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun dalam bentuk contoh, bimbingan dan galakan dengan penuh kasih sayang.

4.  Jika anak-anak telah mencapai umur sepuluh tahun dan masih enggan untuk solat, maka pukullah dia sebagai suatu proses mendidik.

5.  Apabila anak-anak telah berusia sepuluh tahun ke atas, pastikan dipisahkan dari tempat tidur ibu bapa atau adik beradik lelaki dan perempuan.

6.  Dikiaskan perintah solat dalam hadis ini dengan ibadah-ibadah wajib yang lain seperti puasa, haji dan zakat juga merangkumi segala amal soleh seperti perkara halal haram sejak mereka kecil lagi sebagai didikan dan membentuk jiwa beragama.

Didiklah anak-anak secara bertahap dan berdisiplin.

#whatsappgroup
#jmbelog

1 comment:

  1. good sharing... sgt berguna kot nnt dah ada anak kan !

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"