Jangan Jadi Kaum Yang Dilaknat ~ #JMBELOG Jangan Jadi Kaum Yang Dilaknat - #JMBELOG

Jangan Jadi Kaum Yang Dilaknat

Jangan Jadi Kaum Yang Dilaknat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا وَقَعَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ فِي الْمَعَاصِي نَهَتْهُمْ عُلَمَاؤُهُمْ فَلَمْ يَنْتَهُوا فَجَالَسُوهُمْ فِي مَجَالِسِهِمْ وَوَاكَلُوهُمْ وَشَارَبُوهُمْ فَضَرَبَ اللَّهُ قُلُوبَ بَعْضِهِمْ بِبَعْضٍ وَلَعَنَهُمْ
{ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ }
قَالَ فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ مُتَّكِئًا فَقَالَ لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ حَتَّى تَأْطُرُوهُمْ عَلَى الْحَقِّ أَطْرًا

Dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Tatkala Bani Israil melakukan maksiat, ulama mereka telah mencegah mereka tetapi mereka tidak  memperdulikannya. Selepas itu  ulama mereka menemani mereka di majlis-majlis mereka, turut makan dan minum bersama mereka, lalu Allah mencampur adukkan hati mereka satu sama lain dan melaknat mereka melalui lisan Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Itu kerana mereka durhaka dan selalu melampaui apa yang mereka lakukan  QS Al Ma`idah; 78. Ibnu Mas'ud berkata; Lalu Rasulullah SAW duduk bersandar kemudian bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada ditanganNya, sehinggalah kamu mengembalikan mereka kepada kebenaran (kamu mesti mengajak, menghalang, berlemah lembut dan mengembalikan mereka kepada kebenaran). (HR Tirmizi No: 2973) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Mencegah kemungkaran perlu dilaksanakan oleh setiap mukmin.

2.  Para ulama wajib menegur orang lain sama ada pemimpin mahupun rakyat biasa yang melakukan maksiat.

3.  Umat akan menghadapi bahaya besar apabila para ulama memandang remeh amanah yang dipikulkan ke atas bahu mereka.

4.  Jangan jadi ulama yang dilaknat seperti kaum bani Israil yang pada asalnya menegur namun akhirnya bersama dan bergaul dengan mereka

5.  Menjadi tanggung jawab kita menghalang mungkar, mengajak, berlemah lembut dan mengembalikan mereka kepada kebenaran.

6.  Imam Nawawi: bagi orang yang melaksanakan tugas menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran agar melakukannya dengan lemah lembut supaya lebih mudah mendapat hasil yang dikehendaki.

#whatsappgroup
#jmbelog

1 comment:

  1. good sharing...


    semoga kita tak termasuk dlm golongan kaum yg dilaknat...aaaminn..

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"