Di mana keutamaan ? ~ #JMBELOG Di mana keutamaan ? - #JMBELOG

Di mana keutamaan ?


Saya baru sahaja berkesempatan menonton filem A Family Man.

Kisah seorang ayah (Dane Jensen)  yang gila sangat bekerja.

Itu pun sekadar kisah itu baru bermula di tv, saya biarkan ia lancar bercerita lalu saya terpaut.

Si isteri (Elise), suri rumah.

Menjaga 3 orang anak, ada yang sudah bersekolah dan ada yang belum.

Si hero ini dilakonkan oleh Gerald Butler yang menjadi seorang head hunter kepada sebuah syarikat.

Mereka ini untung atas angin dengan berjaya memasukkan pekerja paling cekap di syarikat lain.

Kemudian menyusun orang itu untuk kerja di syarikat yang menjadi pesaingnya.

Dan ia sebuah proses yang cukup rumit.

Sepanjang hidup bekeluarga, si ayah ini sangat sayangkan keluarganya, anaknya, isterinya.

Namun, beliau sukar meletakkan di mana keutamaan.

Semuanya kerja nombor 1.

Apa sahaja tentang isteri dan anak, beliau tak pernah peduli, isteri merajuk, akan mulalah bergaduh dan merajuk.

Kemudian ok kembali.

Anak merajuk, beliau akan pujuk juga bersungguh-sungguh.

Namun, beliau akan buat lagi dan lagi.

Hinggalah anak sulong beliau (Ryan) disahkan mempunyai ALL. Acute lymphoblastic leukemia.

Sejenis kanser darah.

Maka berlaku perubahan dalam hidupnya.

Dari berlari antara pejabat ke hospital

Sampailah akhirnya beliau memulakan tugasnya di sebelah katil Ryan.

Takdir Tuhan, Ryan semakin kritikal.

Ada beberapa plot yang cukup menyentuh hati saya.

Terutama apabila Ryan sudah pun koma

Penjaga Ryan di hospital menceritakan sesuatu kepada Dane, tentang di mana tempat yang Ryan paling suka sekali di dunia ini.

Jawab Ryan ialah “rumah.”

Katanya, pada setiap malam dia suka mendengar tapak kaki ayahnya menaiki tangga rumah yang diperbuat dari kayu.

Hanya ayahnya sahaja boleh membuat bunyi tersebut kerana bentuk badan ayahnya yang besar.

Dan Ryan juga sengaja membuka suis lampu kerana setiap kali lampu terbuka, ayahnya akan jenguk dan bertanya khabar.

Lalu Dane menangis. Saya juga. Sungguh, ia cukup memberi kesan.

Ryan hanya hidup menggunakan mesin.

Kata Dr Singh (yang menjaga Ryan), Ryan mungkin boleh sembuh dengan suara ibu bapanya.

Keajaiban Tuhan itu perkara yang luar biasa, namun itulah kuasa Tuhan.

Suatu petang, Elise memaklumkan kepada suaminya, pulanglah berehat.

Beliau akan menelefon suaminya jika ada apa-apa yang berlaku kepada Ryan.

Lalu si ayah penyayang ini pulang.

Esok paginya kembali ke pejabat.

Alangkah hibanya beliau kerana beliau dipecat begitu sahaja.

Segala kerja bagus sebelum ini langsung tidak dipandang.

Hanya kerana anak sakit dan beliau perlu memberi perhatian kepada anak, prestasinya menurun, beliau pun dipecat.

Si ayah pulang ke rumah.

Termenung. Lalu Elise menelefon.

Berlarilah berliau sekuat hati ke hospital.

Menangisi Ryan yang sudah pun dicabut semua wayar dari mesin.

Sedang melutut dan teresak-esak, ada suara memanggil “Dad..”

Lalu mereka bersyukur, Ryan sembuh selepas melalui beberapa fasa kimoterapi.

Kawan-kawan, inilah yang saya belajar sedikit.

Kerja powerlah macam mana pun, keluarga kena tetap nombor 1.

Semasa kita kuat di dalam sebuah organisasi, kita akan dipandang sebagai manusia yang membawa duit ke dalamnya. Kita hero, kita wira.

Dan apabila kita sedang lemah, tak berdaya membawa apapun hasil, ketahuilah, yang kita ini hanya si celaka yang membawa beban.

Di mana-mana pun organisasi, kita pergi, akan ada yang ganti. Keluarga, tak akan dan tak pernah.

Itulah satu-satunya anugerah. Kerja, kerjalah. Namun keluarga, jadikan sebagai keutamaan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Keluarga nombor 1.

Sumber whatsapp group
#jmbelog

2 comments:

  1. Tersentuh hati ini membaca jalan cerita tu, utamakanlah keluarga kerana disitu segalanya bermula...

    ReplyDelete
  2. best la cerita ini..

    sungguh menginspirasikan.

    ReplyDelete

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

 
Back to top
Copyright © 2016 #JMBELOG - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia