Pages

Julai 11, 2018

Mr Sunshine

Drama 24 episod Mr Sunshine memaparkan sejarah Korea.

Mr Sunshine mengisahkan Eugene Choi, anak hamba yang melarikan diri dari tanah airnya selepas ibu bapanya dibunuh majikan ketika dia berusia sembilan tahun.

Dia terserempak dengan kapal tentera Amerika Syarikat, USS Colorado dan di bawa pulang ke negara itu.

Kesungguhan Eugene melayakkannya menjadi orang Asia pertama memegang jawatan sebagai pegawai tentera laut.

Suatu hari Eugene diberikan misi khas untuk melaksanakan tugas bagi pihak Amerika Syarikat di Joseon kerana kebolehannya untuk bertutur dalam bahasa ibundanya.

Walaupun masih terkenang kekejaman menimpa keluarganya serta sikap hipokrit golongan bangsawan negara itu, Eugene terpaksa menggagahkan diri kembali ke sana.

Pegawai itu tidak menyangka jodohnya di tanah air sendiri dengan anak bangsawan Go Ae Shin yang mampu melembutkan  hatinya yang keras.

Ae Shin pula di gelar anak dara tua kerana masih belum berkahwin pada usia 23 tahun.

Ini kerana tunangnya, Kim Hee Sung yang dijodohkan oleh keluarga mereka sejak kecil menyambung pengajian di Jepun selama 10 tahun.

Berbeza dengan gadis lain, Ae Shin berlajar menembak dengan seorang pemburu bagi mempertahankan keselamatan diri.

Lakonan Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung dan Byun Yo Han.

Arahan Lee Eu Bok.

Penulis skrip Kim Eun Soon.

Terbitan stesen televisyen tvN.

HARIAN METRO _RABU 11 JULAI 2018 _RAP _MUKA SURAT R60 & R61.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!