Declaimer | Bloglist



- at December 15, 2019 : Home » SAINS » Mengapa Kita Menguap?

Mengapa Kita Menguap?

Menguap adalah sesuatu yang normal bagi manusia dan sebahagian mamalia yang lain. Adakala kita tertanya-tanya kenapa menguap?
Kebanyakan berpendapat bahawa menguap terjadi sewaktu keletihan dan rasa mengantuk. Namun ia bukanlah suatu penjelasan yang boleh diterima dengan mudah oleh komuniti sains. Dan di kalangan ahli sains sendiri mereka mempunyai banyak versi dan pendapat tentang faktor-faktor yang menyebabkan menguap.Jadi persoalan kenapa terjadinya aktiviti menguap akan disingkap dalam artikel ringkas ini.
Salah satu penjelasan paling kerap dihujahkan ialah menguap membantu menarik sejumlah besar udara untuk meningkatkan tekanan darah, degupan jantung dan kandungan oksigen dalam darah. Perubahan fisiologi ini meningkatkan fungsi neuron motor dan kewaspadaan kita, dan ia membantu kita tersedar atau terjaga ketika rasa letih dan kebosanan.
Salah satu penemuan menarik ialah hasil kajian oleh Dr Andrew C. Gallup dan kumpulan penyelidikannya dari State University of New York. Beliau melaporkan bahawa, aktiviti menguap bertujuan untuk mengawal suhu otak. Ketika menguap, regangan yang berlaku di sekitar rahang meningkatkan aliran darah di leher, muka dan kepala. Menarik nafas ketika menguap akan menggerakkan cairan tulang belakang dan darah dari otak ke bawah.
Udara sejuk yang disedut membantu menyejukkan cairan ini. Proses ini sama seperti mekanisma radiator yang menyejukkan darah yang bersuhu tinggi dari otak. Kemudian darah yang suhunya lebih rendah dari anggota badan dan organ lain seperti kaki, tangan, paru-paru akan memasuki otak dan menyejukkan organ tersebut.
Penemuan ini menjelaskan mengapa seseorang yang keletihan dan mengantuk akan lebih kerap menguap. Ini disebabkan keletihan dan kurang tidur akan mengakibatkan kenaikan suhu otak sehingga tubuh secara refleks akan bertindakbalas menggerakkan saraf-saraf otak sehingga menyebabkan berlakunya aktiviti menguap berkali-kali untuk menyejukkan suhu otak.
Sumber – PhysicologyToday.Com, Foto – abc.net

Leave a Comment