- at February 23, 2020 | Declaimer | : Home » AKU » Ramai Tak Sedar Ikhtibar Dari Konflik Antara Ali Dan Balu Abam



Ramai Tak Sedar Ikhtibar Dari Konflik Antara Ali Dan Balu Abam


Ramai Tak Sedar Ikhtibar Dari Konflik Antara Ali Dan Balu Abam

Selepas turut berduka dengan pemergian Abam Bocey, netizen seakan-akan tidak percaya dengan sengketa yang menimpa isteri Allahyarham dengan si adik, Ali Puteh. Sejak semalam, pelawak tersebut terus dihentam netizen dan disifatkan mengambil kesempatan di atas harta peninggalan Abam yang seharusnya menjadi milik balu serta si anak. Namun akhirnya, segalanya terjawab apabila Ali menjelaskan semua perkara yang berlaku di sebalik tindakannya itu.
Balu mengaku dia pegang kad bank Abam
Seperti yang diketahui ramai, Siti Nurhidayah Mohd Ali menerusi perbualan bersama Datuk Seri Aliff Syukri pernah mendedahkan kereta dan telefon bimbitnya disimpan oleh keluarga Allahyarham. Sekali imbas mungkin nampak agak ‘semacam’, namun semua tindakan itu merupakan sebahagian daripada proses sebelum ia diserahkan semula kepada waris sebenar. Telefon bimbit yang diambil adalah untuk tujuan menyelesaikan segala kerja tertunggak manakala kereta pula harus dilangsaikan hutangnya terlebih dahulu.
Abam dah tinggalkan harta yang cukup
Meskipun apa yang dilakukan oleh Ali tidak disenangi oleh ramai pihak, namun siapa menduga rupanya dia mempunyai perancangan sendiri untuk memudahkan urusan balu Abam di masa hadapan. Dalam pada itu, timbul juga konflik meminta sumbangan padahal harta peninggalan Allahyarham sudah mencukupi.
Jangan dengar cerita dari sebelah pihak
Selain perkongsian di atas, luahan pendapat yang dikarang oleh saudara Hakim juga mendapat perhatian netizen. Dia menyifatkan isu ini sebenarnya bertambah hangat kerana netizen seakan menyimbah minyak ke api yang membara. Mungkin ramai yang perihatin selepas memikirkan nasib Noor Hidayah serta Hamzah. Namun kata pemuda ini lagi, kita tidak seharusnya terlalu masuk campur dan menyerahkan segala penyelesaian kepada pihak keluarga mereka sendiri.
Nasihat Mufti Wilayah
Kontroversi antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Noorhidayah Mohd Ali telah mencetuskan reaksi pelbagai pihak.Antara isu yang terpalit adalah hukum faraid susulan harta peninggalan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang belum diselesaikan.
Bukan hanya netizen, malah isu tersebut telah sampai ke pengetahuan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri apabila ada netizen bertanya mengenai hukvm berkenaan.
Menerusi satu posting terbaru di Twitternya, Zuklifli menjelaskan yang pihaknya yakin keluarga terlibat sedang mengusahakan sehabis baik.
“Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini,” katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat berkenaan.
Malah, ramai juga yang meminta supaya Zulkifli memberikan penerangan lebih terperinci mengenai hukvm faraid.
Terdahulu, menerusi sidang media tergempar pada petang semalam (Jumaat) Ali telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Siti Noorhidayah.
Permohonan maaf itu susulan tindakan Ali yang memuat naik posting berbaur emosi di laman sosial Instagramnya.
Difahamkan, isu berkenaan tercetus selepas menonton video live yang dibuat oleh usahwan kosmetik, Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah baIu Abam.
Usahawan produk kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman pula tampil mempertahankan tindakannya susulan kontrovers1i yang tercetus sewaktu membuat kunjungan ke kediaman balu arwah pelawak Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.
Aliff berkata, dirinya bukan seorang penjenayah, justeru bukan satu keperluan untuknya bertabbat atas tindakannya memuat naik sesi temu bual bersama Nor Hidayah ke saluran media sosial miliknya.
“Suruh bertabbat, kena minta maaf, ada yang kata saya jahat dan tak ada adab, semua tu salah.
“Tolong jangan cakap saya perlu bertaubat disebabkan perkara ni, saya bukan penjenayah,” katanya melalui Insta Story.
Aliff mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada adik Abam, iaitu Ali Puteh yang menasihatkannya agar segera bertabbat ketika pintu taubat masih terbuka.
Sumber : Twitter Hakim & Mohammad Amirul Afiq

Sumber : Slamber Media

2 comments:

  1. Sesungguhnya apa yang terbaik ialah masyarakat mendoakan agar mudah urusan keluarga ni.InshAllah akan selesai

    ReplyDelete

Created By ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates