Anak saya tiba-tiba rebah. Tangannya menggenggam erat mainan anak patung dan menggeletar. Seperti terkena renjatan elektrik badannya. Matanya ke atas, giginya pula menggigit. Seluarnya juga basah. 

Aiman! Aiman! Tiada respon diberikan. 

"Dia selsema tadi. Saya sapukan ubat angin di hidung untuk hilangkan selsema." Terang si ibu kepada doktor di wad kecemasan hospital. 

Doktor menerangkan Aiman mengalami sawan. Ianya berpunca daripada ubat yang diberikan. Ianya mengandung Camphor atau kapur barus. 

⚠️ Ibu dan ayah. Produk yang mempunyai kapur barus tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur bawah dua tahun. 

⚠️ Kanak-kanak berisiko untuk mendapat sawan 

⚠️ Jika termakan, ianya juga boleh menyebabkan keracunan dan juga kematian. 

⚠️ Gejala lain - mulut dan tekak rasa terbakar, loya atau muntah, pening, keliru, dan juga masalah penglihatan. (Berlaku dalam masa 5-90 minit)

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2701564556800066&id=1712327752390423&sfnsn=mo&extid=Z8lP2UZSUvSGKRDc

Post a Comment

COMMENT IS YOUR OWN RESPONSIBILITY. THANK YOU.

Previous Post Next Post