Pages

September 27, 2020

Susah sangat nak mintak hutang, ini caranya

Susah sangat nak mintak hutang, ini caranya

Alhamdulillah...selesai sessi penghakiman di mahkamah sivil Shah Alam. Buat tuntutan hutang daripada kawan yg liat nak membayar dah lebih setahun. Akhirnya terpaksa guna kuasa undang2 utk paksa dia bayar dlm masa 30 hari dari hari ni.

So, kepada kawan2 lain yg ada org berhutang ngan anda tapi liat bayar, anda boleh guna cara ini. Tak perlu lawyer pun.
Just pegi ke Mahkamah Sivil cakap nak buka fail tuntutan kecil, bayar RM20 dan beritahu tuntutan anda kepada siapa, dan fakta pinjaman yg diberi (mesti RM5k ke bawah sahaja yea!)

Mahkamah akan bagi surat panggilan utk pendengaran depan hakim. Kalau defenden mengaku salah meminjam tapi tak bayar, mahkamah akan bagi arahan utk bayaran segera dlm masa 30 hari.
Kalau masih tak bayar dlm tempoh itu, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ni hukuman lebih berat iaitu defenden kena bayar on the spot atau harta di sita atau waran tangkap dikeluarkan utk ditahan.

Ni la pengalaman saya hari ni.....first time masuk kamar penghakiman. First time tgk hakim, dan lawyer2 bekerja. Tgk muka lawyer kes lain semua stress aje.....hehehehhee....oklah. 

Apapun syukur semua sudah selesai. Just tunggu duit dipulangkan sahaja. Amiinnnnn.

Kredit : Doc Ensem

https://www.facebook.com/128657587543821/posts/961030570973181/?sfnsn=mo&extid=V0XFTOuvNoBdvx0r

2 comments:

nohas berkata...

liat sgt bayar hutang, ini kaedah terakhir..

nona sani berkata...

Wow...tapi kalau lebih 5k....x lehhh.adui

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!