Keinsafan - Kerabat

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia


Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Image result for krabat keinsafan

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah

SURAH AL-KAHF AYAT 109 DAN 110

Allah berfirman. Katakanlah Muhammad, "Seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimat kalimat Tuhanku, meskipun Kami dtgkan tambahan sebanyak itu pula."  Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya aku ini hanya seorg manusia biasa seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa." Maka barang siapa mengharap pertemuan dgn Tuannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan jgnlah dia mempersekutukan dgn sesuatu pun dlm beribadah kpd Tuhannya. AYAT 1O9 DAN 110 SURAH KE 18 AL-KAHF.

SURAH AL-KAHF AYAT 71 DAN 72

Allah berfirman. Maka berjlnlah keduanya, hingga ketika keduanya menaiki perahu lalu dia melubanginya. Dia(musa) berkata, "Mengapa engkau melubangi perahu itu, apakah untuk menenggelamkan penumpangnya? Sungguh, engkau telah berbuat sesuatu kesalahan yg besar."  Dia berkata, "Bukankah sudah kukatakan, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku?" AYAT 71 DAN 72 SURAH KE 18 AL-KAHF.

SURAH AL-KAHF AYAT 51 DAN 52

Allah berfirman. Aku tidak menghadirkan mereka(Iblis dan anak cucunya) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak pula penciptaan diri mereka sendiri; dan Aku tidak menjadikan org yg menyesatkan itu sebagai penolong. Dan ingatlah pada hari ketika Dia berfirman. "Panggillah olihmu sekutu sekutu Ku yg kamu anggap itu." Mereka lalu memanggilnya, tetapi mereka sekutu sekutu tidak membalas seruan mereka dan Kami adakan untuk mereka tempat kebinasaan neraka. AYAT 51 DAN 52 SURAH KE 18 AL-KAHF.

SURAH AL-KAHF AYAT 29 DAN 30

Allah berfirman. Dan katakanlah Muhammad, "Kebenaran itu dtgnya dari Tuhanmu; barang siapa menghendaki beriman hendaklah dia beriman, dan barang siapa menghendaki kafir biarlah dia kafir." Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka bagi org zalim, yg gejolaknya mengepung mereka. Jika mereka meminta pertolongan minum, mereka akan diberi air seperti besi yg mendidih yg menghanguskan wajah. Itulah minuman yg paling buruk dan tmpt istirihat yg paling jelek. Sungguh, mereka yg beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami benar benar tidak akan menyia nyiakan pahala org yg mengerjakan perbuatan yg baik itu. AYAT 29 DAN 30 SURAH 18 AL-KAHF.

SURAH AL-KAHF AYAT 19 DAN 20

Allah berfirman. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka,agar di antara mereka saling bertanya. Salah seorg di antara mereka berkata, "Sudah berapa lama kamu berada di sini?" Mereka menjawab,  "Kita berada di sini sehari atau setengah hari."  Berkata yg lain lagi,  "Tuhanmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada di sini. Maka suruhlah salah seorg di antara kamu pergi ke kota dgn membawa wang perakmu ini,  dan hendaklah dia lihat manakah makanan yg lebih baik, dan bawalah sebagian makanan itu untuk mu,  dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan jgn sekali kali menceritakan halmu kpd sesiapa pun. Sesungguunya jika mereka dpt mengetahui tempatmu,  niscaya mereka akan melempari kamu dgn batu, atau memaksamu kembali kpd agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya." AYAT 19 DAN 20 SURAH KE 18 AL-KAHF.

Wadah Terkini